View: 4471|Reply: 7
|
LAGENDA : KEMBOJA PUTIH [ISNIN-KHAMIS, 4.30PM @ TV3]
[Copy link]
|
|
'Kemboja Putih' Drama Hantu Inspirasi Filem 'Nang Nak'
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
Ezany, Eira dan Fauzi
PETALING JAYA: Drama terbaru slot Legenda di TV3, Kemboja Putih, yang mula ditayangkan pada 7 Mac 2011, pukul 4.30 petang, tentunya membuatkan penonton teruja untuk menyaksikannya.
Menurut pengarahnya, Haris Fadzillah, Kemboja Putih merupakan sebuah drama seram yang unik kerana ia tidak membabitkan kewujudan hantu.
"Drama ini merupakan sumber inspirasi daripada filem Thailand, Nang Nak dan kisahnya sedikit sebanyak menyerupai filem tersebut di mana ia mengisahkan tentang seorang suami, Amar (Fauzi Nawawi), yang telah membunuh isterinya, Kemboja (Eira Syazira) gara-gara salah faham mengenai anak yang dikandungkan Kemboja.
"Disebabkan Amar berasa serba salah, dia menganggap isterinya masih lagi wujud. Kemboja pula muncul dalam bayangan Amar kerana ingin membalas dendam terhadap orang yang telah menjatuhkan maruahnya.
"Bagi saya, Kemboja Putih mempunyai pengolahan skrip yang bagus dan saya percaya, penonton pasti akan menyukainya," katanya pada sidang akhbar drama tersebut di Sri Pentas TV3, Rabu.
Di bawah terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd, skrip Kemboja Putih dihasilkan oleh Rozie Rashid. Ia turut juga dibintangi Ezany Nizariff.
Dalam pada itu, Fauzi yang sebelum ini sering membawakan watak-watak antagonis gembira kerana dapat melakonkan watak baik.
"Wataknya menarik, tetapi saya perlu bermain emosi yang lebih apabila perlu bercakap sendirian.
"Alhamdulillah, saya diberikan gandingan pelakon-pelakon yang cukup mantap bagi menjayakan drama ini. |
|
|
|
|
|
|
|
emm 2 la ak tgk cam citer hantu tp x nampak lak hantunya
pepun citer nih cam best je tp dpt tgk sekali je time 2 cuti hu2 nangisss |
|
|
|
|
|
|
|
Makhluk Halus Bertenggek Atas Bahu Eira Syazira
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
PETALING JAYA: Pelakon Eira Syazira memberitahu dia menjadi trauma kerana diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran drama Kemboja Putih baru-baru ini.
Eira berkata, penggambaran drama seram itu dilakukan di sebuah rumah lama di Hulu Langat, Selangor di mana tuan rumah itu sudah pun meninggal dunia.
Katanya, ketika di rumah berkenaan, dia telah menggunakan pinggan di rumah berkenaan tanpa meminta izin sesiapa.
“Pada mulanya pihak kru sudah memberitahu bahawa rumah itu agak “keras” sedikit dan semua pelakon perlu berhati-hati.
"Walau bagaimanapun saya telah menggunakan pinggan di rumah berkenaan untuk meletak makanan tanpa meminta “izin” terlebih dahulu.
"Kerana perbuatan itu, secara tiba-tiba pula bahu saya berat sebelah. Bila pergi ke klinik, doktor kata bahu saya tak ada apa-apa masalah, tapi bila membuat rawatan tradisional, rupa-rupanya, ada benda yang bertenggek.
"Ini semua gara-gara saya lupa untuk meminta izin sebelum menggunakan pinggan itu. Ia satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati," katanya.
Tambah Eira yang membawakan watak Kemboja dalam drama tersebut, kejadian itu juga membuatkan dirinya mudah menghayati karakter roh yang cuba membalas dendam terhadap orang yang mengganggu hidupnya sebelum meninggal dunia.
"Alhamdulillah, saya berjaya membawakan watak Kemboja. Insiden diganggu itu membuatkan saya lebih mudah menghayati watak. Tambah pula dalam watak tersebut, saya perlu bermain dengan emosi," katanya.
Drama terbaru slot Legenda di TV3 itu sudah ditayangkan pada 7 Mac 2011, pukul 4.30 petang, yang turut dibintangi oleh Fauzi Nawawi serta Ezany Nizariff. |

ezany tu jahat gilerrr....dlm citer ni la |
|
|
|
|
|
|
|
mane2 citer hantu kat malaysia nie...pelakon die mmg akan kena something....terutama pelakon utama....dr dulu sampaila skrng... |
|
|
|
|
|
|
|
masa kemboja g umah mertuanya yg mertua dia terjaga sbb terdengr kemboja panggil tu, makna kemboja dh matilh...
laki dia jd mcm tak betul je...
kelakar tgk dia kacau ezany tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
mane2 citer hantu kat malaysia nie...pelakon die mmg akan kena something....terutama pelakon utama.. ...
cmf_lie Post at 12-3-2011 01:54
bohong jer tuh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|