CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4283|Reply: 11

[Tempatan] Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB setakat ini - Menteri Kewangan II

[Copy link]
Post time 20-3-2024 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 20-3-2024 01:26 PM

Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Astro Awani
Mac 19, 2024 20:52 MYT


Dewan Rakyat dimaklumkan kerajaan sudah membayar sejumlah RM48.06 bilion daripada keseluruhan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat ini. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kerajaan sudah membayar sejumlah RM48.06 bilion daripada keseluruhan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.

“Baki hutang 1MDB perlu dibayar bagi sukuk dengan nilai prinsipal adalah RM5 bilion yang akan matang pada 2039.

"Di bawah perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada 2020, kerajaan sudah menerima bayaran daripada Goldman Sachs sebanyak AS$2.5 bilion (RM11.83 bilion) dengan jaminan pengembalian aset AS$1.4 bilion (RM6.63 bilion) sehingga 2025," katanya.

“Sebagai sebahagian daripada penyelesaian 2020 dengan Malaysia, Goldman Sachs membuat pembayaran awal AS$2.5 bilion (RM11.83 bilion) pada September tahun tersebut. Bank itu juga dikehendaki membuat pembayaran sementara, sebanyak AS$250 juta (RM1.2 bilion) jika Malaysia tidak menerima sekurang-kurangnya AS$500 juta (2.4 juta) dalam aset dan hasil menjelang Ogos 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2023) peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Selasa.

Amir Hamzah menambah, Goldman Sachs sudah memfailkan permohonan timbang tara di Mahkamah London mengenai pertikaian berkenaan jaminan itu, pada tahun lalu.

"Kerajaan dengan pembabitan pelbagai agensi dan 1MDB giat meneruskan usaha mendapatkan aset semula 1MDB di seluruh dunia.

"Kerajaan yakin usaha ini akan membawa hasil untuk meningkatkan kadar aset 'recovery' dengan lebih baik," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Suh barua dia bayar la.rindu  kulu kilir...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 11:19 AM | Show all posts
Tahniah... Bosscow.
Sakau didahulukan, kroni diutamakan!


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:45 AM | Show all posts
aset 1mdb pulak berape ye

takkan nampak hutang je

agituuuu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 01:28 AM | Show all posts
Tangkap JoLo taek!
sembang madanoni.. awat tak tangkap topui beruwang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau x nk bayar jadi apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2024 08:31 AM | Show all posts
cukai tak bayar...hutang taxpayes jugak kena tanggung.....lahabau betol
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:58 AM | Show all posts
duk sanjung lagi bosskurr.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 09:43 AM | Show all posts
apech replied at 2-10-2024 08:58 AM
duk sanjung lagi bosskurr.


kenalah sanjung, jasanya menambah pendapatan negara, pemberian bonus, dividen & hibah yg tinggi kepada rakyat, selain bantuan
yang diberikan kepada rakyat, merasa juga rakyat hidup dlm kesejahteraan.




Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:42 AM | Show all posts
The ringgit’s poor performance can be attributed to the lack of competitiveness in Malaysia over the past 28 years, according to a World Bank economist.


According to Apurva Sanghi, this was partly a consequence of the Malaysia Development Berhad (1MDB) financial scandal.

.... “1MDB shock also severely dented the ringgit,” he said.

  He said that a country’s currency also reflected its societal, economic, and political vibrancy.

  •                
                        Friday, 23 Feb 2024               
                                                    6:24 PM MYT

World Bank economist yang kata ....

Lack of competitiveness dari zaman Tun M lagi & isu 1MDB ni adalah penambah perisa

Rasa2 you guys should move on dari Pok Jib , dia tak dapat pengampunan penuh & masih berlambak kes2 dia yang dia kena setel

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 08:32 AM | Show all posts
rashiman replied at 2-10-2024 09:43 AM
kenalah sanjung, jasanya menambah pendapatan negara, pemberian bonus, dividen & hibah yg tinggi k ...

Yang hutang plok berapa? Yg 1 baik nampak, lagi 1000 yg buruk jadi buta. Rakyat terhimpit, popular 1 dunia piyem songlap duit laki bini. Berpuluh skandal err mungkin ratus.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 08:30 PM | Show all posts
rashiman replied at 2-10-2024 09:43 AM
kenalah sanjung, jasanya menambah pendapatan negara, pemberian bonus, dividen & hibah yg tinggi k ...

tak payah nak propa la..bukan duit gaji dia pun..duit negara ngok...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.066499 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list