CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5430|Reply: 0

[Perlis] Penjaga tokong nafi rogol akauntan

[Copy link]
Post time 4-4-2024 10:35 AM | Show all posts |Read mode

Tertuduh, Ong Poh Sun (hadapan sekali, berbaju jingga) dibawa masuk ke Kompleks Mahkamah Kangar diiringi anggota polis bertugas. FOTO AIZAT SHARIF

Kangar: Penjaga tokong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas kesalahan merogol akauntan wanita di sebuah tokong di Arau pada hujung bulan lalu.

Tertuduh, Ong Poh Sun, 58, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati merogol mangsa berusia 27 tahun di dalam sebuah tokong di Kampung Guar Paya, Arau sekitar 3 petang pada 29 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan di mana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi manakala tertuduh diwakili peguam, Nurul Hanani Che Nor dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Alia dalam hujahannya meminta mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap tertuduh memandangkan kesalahan yang serius dilakukan.

Manakala, Nurul Hanani dalam mitigasi balasnya memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan setimpal kerana tertuduh mempunyai penyakit kencing manis dan kolestrol selain menjaga isterinya yang turut mempunyai masalah kesihatan sama.

"Tertuduh bekerja dan hanya tinggal bersama isterinya di tokong berkenaan dan tidak ada risiko untuk melarikan diri sebelum tarikh sebutan semula kes," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin selain dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran sehingga tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh juga tidak dibenarkan mengganggu atau mendekati mangsa dalam tempoh kes berlangsung.

Mahkamah menetapkan 6 Mei hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nafi-rogol-akauntan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.537673 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list