CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15220|Reply: 0

[Pulau Pinang] Undang-undang Islam tidak boleh dibuat sambil lewa, elak penghina agama - PM Anwar

[Copy link]
Post time 5-4-2024 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Undang-undang Islam tidak boleh dibuat sambil lewa, elak penghina agama - PM Anwar


Oleh Nur Izzati Mohamad - April 5, 2024 @ 10:31pm [email protected]




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani hari ini. - Foto BERNAMA




PERMATANG PAUH: Kerajaan akan meneliti cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) supaya ia mengikut fasal yang betul sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penelitian itu perlu kerana mahu undang-undang berkaitan Islam tidak dibuat sambil lewa dan lemah hingga membuka peluang orang menghina agama suci ini.

Oleh itu, katanya, bagi memantapkan undang-undang itu, kerajaan akan berbincang dengan semua mufti, ulama dan sangar-sangar Islam dalam negara dan luar negara.

"Kalau undang-undang ini dibuat sambil lewa, undang-undang lemah, orang akan hina Islam dan undang-undang Islam kerana salah dan gopohnya pemimpin-pemimpin Islam.

"Di Malaysia, draf pindaan akta perlu diluluskan jemaah menteri sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

"Majlis Raja-Raja kemudian akan bincang teliti, bawa balik dengan draf perundangan, bawa kepada peguam negara dan patah balik ke Majlis Raja-Raja Melayu (untuk diperkenankan)," katanya.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Berbuka Puasa Madani di Pusat Islam UiTM Pulau Pinang. - NSTP/Danial Saad
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani di Pusat Islam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan kit makanan kepada asnaf dan pelajar.

Anwar turut membidas kerajaan sebelum ini yang tidak melakukan cadangan pindaan Akta 355 itu dengan cara yang betul.

"Belum dilakukan (proses draf pindaan akta diluluskan jemaah menteri sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu) yang mana Majlis Raja-Raja Melayu belum pun teliti draf undang-undang itu (sebelum ini), jadi jangan temberang," katanya.

Terdahulu, media melaporkan, laporan RUU 355 akan dibawa ke Kabinet sebelum dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dilaporkan berkata, sesi libat urus dikendalikan Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah berada di peringkat akhir.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.754010 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list