View: 11053|Reply: 11
|
‘Esok Aku Mati Pun Tak Mahu Naik Batu Bagai’ – Kak KM
[Copy link]
|
|
Sudah menjadi lumrah, setiap kali bila tibanya bulan Syawal pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk menziarahi pusara insan tersayang.
Begitu juga dengan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli dilihat memuat naik video menziarahi pusara arwah bapanya.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Kak KM menyifatkan Allahyarham bapanya seorang insan yang baik hati dan tidak pernah mempunyai perasaan dengki atau iri hati terhadap orang lain.
"Arwah papa Rosli orang baik yang tiada dosa sesama manusia. Tak tahu nak busuk hati, iri hati apatah lagi dengki.
"Dia orang baik ya Allah semoga Kau tempatkan papa Rosli dalam kalangan orang beriman dan tempatkan papa di syurga Mu ya Allah."
Sementara itu, anak perempuan kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu memberitahu bahawa dia pernah berpesan kepada anak-anaknya sekiranya dia meninggal dunia suatu hari nanti, dia hanya inginkan pusaranya ditanda batu nisan sahaja sama seperti Allahyarham bapanya.
"Dekat sini memang tiada siapa boleh buat tanda naik batu bagai. Nanti ingat aku tak mampu pula. Korang yang kubur elok-elok macam rumah banglo melawat tak. Aku pesan siap dah kat anak-anak, esok aku mati pun tak mahu naik batu bagai."
Dalam pada itu, Kak KM sempat membidas komen-komen netizen yang mempersoalkan tindakannya mencium batu nisan bapanya ketika sesi ziarah berkenaan.
"Suka aku lah nak cium kubur bapak aku bukan bapak kau."
Sumber : OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
mmg patut gitu le
kt mekah kubur kosong je tkde binaan |
|
|
|
|
|
|
|
"Suka aku lah nak cium kubur bapak aku bukan bapak kau."
|
|
|
|
|
|
|
|
sama la. weols pun tak nak berkepok-kepok, berbatu kerikil bagai. cukup la tanda kat kepala satu, kat hujung kaki satu. |
|
|
|
|
|
|
|
Geli plak tengok hakak sheolls yg baju hitam tu...eii |
|
|
|
|
|
|
|
Kubur arwah abg iols pun hanya tanda guna batu jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kubur arwah parent iols pun gitu je takde apa2 melainkan batu nisan..iols nanti pun gitu je la..asal bertanda |
|
|
|
|
|
|
|
betul...makin lama makin buruk plk perangai....tak ada adab ziarah kubur...baju gitu dah jadi pakaian harian dah...body out tapi tak sedar diri
|
|
|
|
|
|
|
|
memang dalam isley pun tak boleh naik batu binaan pun kan... |
|
|
|
|
|
|
|
aku sorang...soknih mati sesorang apa..
hope ada la yg nguruskan mayat aku...
n takde la dok merapu rapu buat sekeliling kuboq aku tu |
|
|
|
|
|
|
|
mcm kubur arwah papa meolls mm ktorng naikkan batu..tapi takde tiles ke apa. Sebabnya kalau hujan habis tanah semua ke bawah. Kesian tengok kubur sebelah2 mendap habis tanah. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah pun tgk muka arwah somi acik normahdamanhuri ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|