|
PENGENDALI Sri Pahang FC, Fandi Ahmad (kiri) dan pengurus pasukan, Datuk Dollah Salleh. -FOTO Sri Pahang FC
Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad gembira dengan keputusan aksi persahabatan berdepan dua kelab Singapura dengan kemenangan pada siri pramusim di Singapura, baru-baru ini.
Bekas legenda bola sepak Singapura itu berkata, kemenangan itu dilihat membantu dalam membentuk persefahaman gabungan pemain lama dan baharu terutama pada perlawanan kedua.
"Alhamdulillah saya gembira dengan keputusan perlawanan terutama aksi kedua yang menyaksikan kombinasi antara pemain semakin menunjukkan perkembangan positif.
"Kita banyak membuka peluang melakukan jaringan tetapi jentera hadapan agak kurang tajam kerana sepatutnya boleh menjaringkan tiga atau empat gol ketika berdepan Geylang International FC.
"Namun, syabas kepada pemain muda yang menampilkan persembahan meyakinkan dan baik sekali terutama sentuhan jaringan Adam Aliff," katanya.
Mengulas perlawanan pertama berdepan Albirex Niigata, Fandi berkata, anak buahnya kurang selesa dengan keadaan padang sintetik yang menyebabkan memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri.
Pada aksi persahabatan itu, skuad Tok Gajah menewaskan Albirex Niigata 1-0 menerusi jaringan pemain import, Aleksandar Cvetkovic manakala Geylang International pula hasil jaringan tunggal, Adam.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pemain-di-singapura |
|