CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8574|Reply: 0

Klopp gembira Liverpool belum angkat bendera putih

[Copy link]
Post time 22-4-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Liverpool, Andy Robertson (kiri) meraikan kemenangan bersama Alexis Mac Allister selepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang Fulham di Craven Cottage, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

LONDON: Jurgen Klopp berkata keputusannya untuk mempercayai kekuatan pemain skuadnya berbaloi selepas menang 3-1 di Fulham awal pagi tadi sekali gus melonjak Liverpool terikat mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal.

Klopp meninggalkan beberapa pemain tonggaknya, termasuk penjaring terbanyak Mohamed Salah di bangku simpanan dengan kunjungan ke barat London hadir kurang 72 jam selepas tersingkir di tangan Atalanta dalam Liga Europa di Itali.

Trent Alexander-Arnold dan Diogo Jota meledak dalam penampilan kesebelasan utama EPL selepeas dua bulan, di celah-celah gol pertama Ryan Gravenberch dalam liga utama Inggeris untuk membolehkan anak buah Klopp bernafas semula dalam perebutan kejuaraan.

Takdir kejuaraan kekal di tangan Manchester City dengan juara bertahan itu satu mata di belakang dua pasukan teratas dengan kelebihan beraksi kurang satu perlawanan.


Bagaimanapun, Liverpool dan Arsenal menekan anak buah Pep Guardiola apabila bangkit daripada kekalahan mengejut hujung minggu lalu.

"Semua pemain ini memiliki kualiti yang besar. Kadang-kadang momentum ada di sana, kadang-kadang tidak, tetapi kualiti mereka luar biasa," kata Klopp.


Pemain Liverpool, Ryan Gravenberch menjaringkan gol kedua menentang Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Pengendali dari Jerman itu melakukan lima perubahan berbanding pasukan yang menang 1-0, tetapi gagal mengubah defisit 3-0 menentang Atalanta.

Alexis Mac Allister, Dominik Szoboszlai, Curtis Jones dan Ibrahima Konate turut diketepikan ke bangku simpanan di samping Salah.

"Ia membantu setiap orang," tegas Klopp mengenai pentingnya pemain yang cergas selepas pasukannya kelihatan lesu ketika tumpas di laman sendiri kepada Crystal Palace seminggu lalu.

"Bagi pemain, ia sukar. Anda perlu mengharungi semua ini.

"Saya sukakan persembahan, saya sukakan pilihan yang saya ada. Ia situasi skuad yang bagus. Kami memerlukan semua pemain, kami perlu berjuang menerusi perlawanan dan kami ada pertembungan seteru tetangga (Merseyside) untuk ditumpukan."

Dua lagi kunjungan ke gelanggang lawan di kelab musuh setempat Everton dan West Ham menanti Liverpool dalam enam hari berikutnya.

Namun dengan hanya lima perlawanan akan ditamatkan dalam era Klopp, mereka kekal sekurang-kurangnya memburu untuk memberikan tempoh transformasinya di Liverpool satu ucapan selamat tinggal yang gemilang. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ngkat-bendera-putih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.034286 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list