CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5378|Reply: 12

‘Buat Kerja Kena Ikhlas & Bukan Untuk Orang Sanjung’ – Nas Ahmad Terima Anugerah Ikon Melodi

[Copy link]
Post time 22-4-2024 07:16 PM | Show all posts |Read mode






Bekas wartawan hiburan iaitu Nas Ahmad meluahkan rasa syukur sebaik sahaja menerima anugerah Ikon Melodi sempena program hari raya rancangan tersebut, baru-baru ini.


Menurut Nas atau nama sebenarnya, Md Nasir Ahmad, manusia akan berasa kecewa jika kita bekerja untuk mengharapkan anugerah atau penghargaan berkenaan.


"Saya amalkan buat apapun dalam kerjaya kena ikhlas dan bukan untuk orang sanjung atau harapkan anugerah. Bila bekerja kita hanya buat yang terbaik dan beri kepuasan pada diri dan majikan.


"Siapa yang nak beri anugerah pada kita itu semuanya soal rezeki dari Allah S.W.T dan kita cuma usaha sahaja."


Berbicara mengenai anugerah tersebut, Nas meluahkan rasa terharu dan bersyukur kerana menerima anugerah Ikon Melodi selepas lebih dua dekad mengendalikan program hiburan berkenaan.


"Saya sendiri tak sangka bermula dari peminat setia Melodi, akhirnya sejarah terukir bila saya sendiri diangkat sebagai Ikon Melodi selepas artis Ogy Ahmad Daud.


"Saya mahu ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan TV3, Pengurus Penerbitan, Jamil hassan dan Penerbit Melodi, Michelle Wee atas penghargaan diberikan ini."


Tambah Nas, dia adalah peminat setia program hiburan itu sejak siri pertamanya dulu.


"Saya tidak pernah ketinggalan menonton setiap episod Melodi dalam tempoh empat hingga ke lima tahun. Kekuatan Melodi ketika itu bergantung kepada hosnya iaitu Ogy yang juga Ikon Melodi. Semua nak tengok Melodi kerana keletahnya yang selamba setiap minggu.


"Mimpi menjadi kenyataan bila saya ditawarkan oleh Pengurus Hiburan TV3, Nik Ramzi Nik Hassan pada waktu itu untuk menyertai pasukan Melodi."





Kata Nas lagi, dia menukar tarikan utama Melodi dari hos kepada content (kandungan) selepas 10 tahun berkhidmat dengan stesen TV3 dan memegang jawatan Penerbit Melodi ketika itu.


"asangan hos ketika itu, Ogy dan Apek Senario sudah tamat kontrak dan tak nak sambung. Team bos Azhar Borhan, Saniboey dan Jamil juga mengeluarkan arahan dan kongsi idea untuk menaikkan semula Melodi.


"Bermulalah, program Melodi yang tampil sensasi, panas, yang terjah dan dicampur dengan liputan berita hiburan semasa. Selaku penerbit, saya juga kawal dari segi sensasi dengan pastikan ia tetap mengikut etika kewartawanan dan penyiaran. Kalau nak terjah untuk berita sensasi pun pastikan mengikut etika kewartawanan dan akan kekal selamat."


Sumber: Melodi/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 09:32 PM | Show all posts
bukan nas tengah sakit ke..dapat anugerah tu dapat medal semata2 ke dapat duit sekali?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Melodi pernah mendonia suatu ketika dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun rasa zaman gemilang melodi masa ogy. Ogy n apek pun masih ok
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat nampak tua sgt...sakit ke dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Keje2 terjah org ni kira ok ke atau menyakitkan hati org eh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2024 07:13 AM | Show all posts
nampak tua sangat, sakit ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kaka jadi abang ni, kaka akan minta maaf takut ada hati yang terluka dengan pertanyaan2 sewaktu kerja tu. Memang tuntutan tugas tapi lebih baiklah minta maaf..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2024 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan apa la,

cuma nak kata,

dulu ko bukan main tau Naz kat Melodi tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 08:12 AM | Show all posts
Takde siapa sanjung pun bang ketak, kerja bukan mulia sangat pun, dengan mulut celupar, provok artis, takde rasa kesian ke artis2 yang jatuh kerana gossip melodi dulu? laga2kan artis lagi.... yih~~~ patutnya malu terima anugerah ikon melodi tu di ambang sakaratulmaut... gitewwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 08:24 AM | Show all posts
anugerah tkde mana jika tak disekalikan duit
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 08:33 AM | Show all posts
awal thn 2000 aku baik dgn abg nas...dh lama lost contact...tak sangka abg nas sampai mcm ni...nmpk terlalu uzur...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 09:28 AM | Show all posts
dua_chzy: Bukan apa la, cuma nak kata,dulu ko bukan main tau Naz kat Melodi tuh.


Dia main apa ngan Naz tu cuolls? Naz jln2 CARI MAKAN KAH?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.088620 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list