View: 6324|Reply: 0
|
Selangor sambar penyerang muda Jordan
[Copy link]
|
|
Reziq akan perkuatkan jentera serangan Selangor.
KUALA LUMPUR: Naib juara Liga Super musim lalu, Selangor FC (SFC) menyambar seorang lagi pemain Jordan, Reziq Bani Hani untuk memperkasa jentera serangan pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024/25.
Penyerang berusia 22 tahun itu memiliki reputasi tersendiri khususnya apabila pernah beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023/24 bersama pasukannya, Al-Faisaly SC sebanyak enam perlawanan.
Pemain yang turut beraksi di Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) itu melakar pencapaian memberangsangkan di pentas ACL apabila meledak dua gol selain mencatat dua bantuan gol.
Malah, dua jaringan gol bintang muda itu dalam kejohanan JFA Shield 2023 turut membantu Al-Faisaly SC menjulang trofi untuk kali kesembilan yang juga trofi pertamanya bersama kelab terbabit.
Pencapaian lain menyaksikan dia dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Liga Bawah 17 tahun (B-17) dan Bawah 19 tahun (B-19) di Jordan selain menjulang gelaran Pemain Terbaik serta menjuarai kejohanan Donsti Cup di Sepanyol bersama Jordan Knights.
Dengan kehadirannya bersama skuad 'Gergasi Merah', pemain itu bertekad untuk memberikan yang terbaik sekali gus menambah kekuatan pasukan untuk mengharungi kempen domestik dan juga peringkat Asia.
"Ini adalah kali pertama saya berada di Malaysia. Walaupun saya masih muda, saya berharap pengalaman yang dimiliki bersama pasukan sebelum ini dapat menambah kekuatan pasukan bagi menghadapi Liga Super 2023/24 dan di pentas ACL 2 2024.
"Oleh itu, saya akan memberikan segalanya supaya tidak mengecewakan mereka," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... nyerang-muda-jordan |
|
|
|
|
|
|
| |
|