View: 6343|Reply: 0
|
Kedah buat kejutan saat akhir, ikat bekas pemain
[Copy link]
|
|
Pemain import KDA FC, Ebenezer Assifuah kembali ke pangkuan Sang Kenari pada musim ini.
ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tampil membuat kejutan pada saat akhir menjelang tarikh akhir jendela perpindahan semalam apabila mengikat Ebenezer Assifuah.
Kehadiran bekas penyerang KDA FC B kelahiran Ghana berusia 30 tahun itu yang juga pemenang kasut emas Piala MFL dengan 16 gol musim lalu, menyaksikan dia bakal memainkan peranan sebagai penyerang kedua Sang Kenari selepas Milos Gordic.
"KDA FC percaya dengan kelicikan dan ketajaman di hadapan gol, beliau akan mengisi posisi penyerang Sang Kenari musim ini.
"Selamat kembali Ebenezer Assifuah ke keluarga Sang Kenari, musim ini dengan pasukan lebih berpengalaman, menarik untuk disaksikan 'patukan berbisa' beliau di depan gawang lawan," menurut kenyataan yang dikeluarkan KDA FC.
Tambah KDA FC lagi, Assifuah membuktikan beliau masih berbisa dengan pengalaman serta pencapaian terbaik bersama KDA FC B pada musim lalu yang diyakini mampu mempertajamkan lagi jentera serangan pasukan musim ini.
"Berdasarkan rekodnya, pemain berbakat ini pernah mewakili skuad kebangsaan Ghana di Kejohanan FIFA B-20 pada 2013 dan muncul penjaring terbanyak dengan enam gol selain pernah mewakili kelab FC Sion, Le Havre FC dan Pau FC (Liga Perancis)," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... r-ikat-bekas-pemain |
|
|
|
|
|
|
| |
|