View: 1270|Reply: 0
|
Saka kini lebih berdaya saing - Arteta
[Copy link]
|
|
Pemain Arsenal, Bukayo Saka meraikan jaringannya menerusi sepakan penalti ketika menundukkan Bournemouth 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London malam tadi. – Foto AFP
LONDON: Kunci utama peningkatan pemain tengah Arsenal, Bukayo Saka musim ini adalah daya saing yang lebih tajam untuk menang, kata pengurusnya Mikel Arteta semalam selepas menang 3-0 ke atas Bournemouth di laman sendiri.
Arsenal melepasi satu lagi halangan dalam buruan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan terus menekan Manchester City ketika penalti Saka sejurus sebelum rehat menyaksikannya mengumpul 16 gol dalam liga, empat gol di depan penjaring gol kedua terbanyak mereka Kai Havertz.
Arteta berkata, sekalipun Saka turut beraksi konsisten musim lalu, dia bertindak lebih bagus pada kempen kali ini.
"Dalam perlawanan, dia kini lebih efektif berbanding dahulu," kata Arteta kepada wartawan.
"Saya lihat sisi berbeza buatnya. Cara dia bersaing, dia lebih suka menang berbanding tiga bulan lalu, enam bulan lalu, setahun lalu dan ia sesuatu yang kini diharapkan daripadanya."
Bukayo Saka (kiri) menjaringkan gol pembukaan menerusi sepakan penalti ketika Arsenal menewaskan Bournemouth 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London malam tadi. – Foto AFP
Bournemouth menekan Arsenal pada awal babak kedua namun Leandro Trossard mengendurkan suasana tegang di dalam Stadium Emirates dengan gol kedua pada minit ke-70 sebelum Declan Rice menyumbang gol ketiga pada masa kecederaan.
Arteta memuji Rice kerana golnya dan peranan serba boleh dimainkannya dalam musim sulungnya selepas berpindah dari kelab musuh London, West Ham United.
"Kami mengubah posisinya beberapa kali dan kadang-kadang tidak mudah buat pemain untuk menyesuaikan diri dengannya jadi saya fikir dia berhak menerima pujian," katanya.
Arsenal mengumpul 83 mata daripada 36 perlawanan dengan juara City 82 mata daripada 35 perlawanan selepas anak buah Pep Guardiola membelasah Wolves 5-1 di Etihad.
Gol Arsenal tidak dibolosi menentang Bournemouth menyaksikan jumlah perlawanan pasukan itu tidak melepaskan gol meningkat kepada 15 dan bermakna penjaga gol David Raya sudah memastikan anugerah "sarung tangan emas" EPL menjadi miliknya musim ini.
Penjaga gol Arsenal, David Raya (kanan) dan Bukayo Saka meraikan kemenangan ke atas Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London malam tadi. – Foto REUTERS
Keputusan Arteta mendapatkan khidmat Raya secara pinjaman dan menggantikan pemain yang popular Aaron Ramsdale mencetus kritikan daripada penyokong awal musim ini.
"Ia memberikan kami asas yang besar untuk semakin hampir memenangi trofi dan memenangi kejuaraan," kata Arteta. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... erdaya-saing-arteta |
|
|
|
|
|
|
| |
|