View: 6838|Reply: 0
|
Magis Saka terus pacu The Gunners
[Copy link]
|
|
SAKA (kanan) mendapat pujian tinggi daripada Arteta selepas meledak gol peribadi ke-20 musim ini. – AFP
LONDON – Kejayaan 3-0 ke atas Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates kelmarin menyaksikan Arsenal sudah pun menyamai pencapaian musim lalu dengan merekodkan 26 kemenangan.
Melengkapkan detik gemilang The Gunners apabila bintang sensasinya, Bukayo Saka kini muncul pemain Inggeris pertama yang mampu merekodkan 20 gol semusim dalam semua pertandingan selepas kali terakhir dilakukan Theo Walcott (21 gol) pada 2012/13.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta terus menghamburkan pujian kepada Saka kerana kekal konsisten hingga menyaksikannya menyumbangkan satu gol untuk meraih kemenangan ke atas Bournemouth.
“Tahap konsistensinya (Saka) dengan tahun lalu adalah hampir sama. Ada beberapa aspek yang dia makin bagus.
“Perkara yang saya dapat lihat dari segi perbezaan adalah kemahuan dia untuk bersaing dan kemahuannya terhadap kemenangan jelas lebih baik berbanding tiga bulan lalu,” katanya.
Dua lagi gol Arsenal dihasilkan oleh Leandro Trossard dan Declan Rice sekali gus mengekalkan pasukan itu di landasan tepat untuk memburu kejayaan sulung dalam tempoh 20 tahun.
Saka juga menjadi pemain pertama merekodkan pencapaian itu selepas Pierre-Emerick Aubameyang mencipta 29 gol pada saingan 2019-20
Arsenal yang masih memiliki baki dua perlawanan berpeluang untuk menyamai rekod 1930/31 dengan 28 kemenangan EPL dan setakat ini hanya musim 1970/71 menjadi pencapaian terbaik selepas mencatatkan 29 kemenangan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... s-pacu-the-gunners/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|