CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3310|Reply: 15

[Tempatan] Kenaikan gaji penjawat awam atas dasar MADANI, ihsan - PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 6-5-2024 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Kenaikan gaji penjawat awam atas dasar MADANI, ihsan - PM

https://www.bharian.com.my/berit ... sar-madani-ihsan-pm

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - Mei 6, 2024 @ 9:12am
[email protected]


PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil keputusan berani dan radikal untuk menaikkan gaji penjawat awam kerana tidak mahu membebankan golongan berkenaan, biarpun situasi ekonomi negara masih belum stabil, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, sebagai 'bapa' dalam keluarga besar kerajaan, majoriti penjawat awam tidak boleh dibebankan dengan kesalahan ketirisan dan keterlanjuran hutang negara.

"Jika mengikut pertimbangan dan teori ekonomi, semua kenaikan gaji sewajarnya ditangguhkan sehingga ekonomi lebih stabil, maknanya hutang (negara) kurang.

"Tetapi saya lihat dari segi MADANi, ihsan, tahap kecekapan, kemampanan, bagaimana boleh kita bebankan kepada penjawat awam, kesalahan yang bukan semuanya berpunca dari mereka, kadang-kadang dari segi pengurusan, kecuaian oleh pihak lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Yang turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar berkata, beliau sebelum ini mengadakan perbincangan yang teliti dan mendalam bersama Mohd Zuki serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz untuk mempertimbangkan bagaimana kerajaan dapat memberikan kelegaan kepada penjawat awam.

"Kalau bagi sedikit, dia kata macam ala kadar pula, saya tahu sebab mungkin tak cakap depan saya tapi saya tahu (ada orang kata) ala naik pun lima peratus macam mana dan mengeluh.

"(Maka) itulah sebabnya kita naik keseluruhannya lebih 13 peratus dan bagi kategori lebih rendah itu lonjakan itu jauh lebih tinggi, 20 ke 30 peratus," katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau turut mendengar kritikan kenapa tidak mengumumkan perincian pelarasan gaji penjawat awam.

Jelasnya, beliau tidak boleh berbuat demikian kerana ada proses yang perlu diikuti.

"Secara prinsipnya kita boleh umumkan tetapi perincian yang kecil itu kita kena bentangkan dahulu kepada Jemaah Menteri, ….bingai sungguh.

"Kemudian ada kata pula mana tahu kalau Parlimen tak luluskan, saya nak tanya Ahli Parlimen mana nak bantah ini, kalau pun bantah, insya-Allah ada PH (Pakatan Harapan), ada BN (Barisan Nasional), GPS (Gabungan Parti Sarawak), ada GRS (Gagasan Rakyat Sabah), majoriti tetap dua pertiga insya-Allah," katanya.


Foto fail BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
takpele nak...korang jugok yg berjuang d Lahad Datu...kita pekerja swasta boleh faham 'mende ni' semua....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:25 AM | Show all posts
org keje swasta jgn cemburu, biarlah penjawat awam naik gaji nanti mereka berbelanja hasil buatan/produk org keje swasta juga.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjawat Awam dengar tu ehsan Madani.

Bukan sebab korang perform sangat buat kerja pun. Kena ketuk baru jalan buat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 10:34 AM | Show all posts
Camtu je alasan naik gaji. Percentage tu pun main petik dari awan je ke. Takde kira2 ke. Tatakelola apa ini
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 12:10 PM | Show all posts
Inilah satu inovasi genius baru dalam ilmu management untuk pertimbangkan kenaikan gaji penjawat awam asli karya anak bangsa malaysia ...

Intinya ... Asas Madani dan Ikhsan ... Betol-betol GENIUS ... dan Membuat Malaysia harum di kalangan para pakar managemet dunia ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2024 12:45 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 7-5-2024 12:47 PM

cikgu PASti gak yg melopong gigit jari


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 05:44 PM | Show all posts

Kerajaan mengambil keputusan berani dan radikal untuk menaikkan gaji penjawat awam kerana tidak mahu membebankan golongan berkenaan, biarpun situasi ekonomi negara masih belum stabil, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Makanya kami bebankan golongan bukan penjawat awam. gitu ke datuk PMX?



Perdana Menteri berkata, sebagai 'bapa' dalam keluarga besar kerajaan, majoriti penjawat awam tidak boleh dibebankan dengan kesalahan ketirisan dan keterlanjuran hutang negara.

Makanya kami working class marhein yang tak terlibat dengan kemasukan kaum banglasia tidak sepatutnya dibebankan dengan kesalahan kebodohan pemimpin terdahulu la kan? so bloody indemnify us with minimum pay RM 4k sebulan la.



Perdana Menteri berkata, beliau turut mendengar kritikan kenapa tidak mengumumkan perincian pelarasan gaji penjawat awam.

Jelasnya, beliau tidak boleh berbuat demikian kerana ada proses yang perlu diikuti.

Ang sembang kari + gila populariti mmg predictable. No attention to detail. Pengisian yillek.

Sama mcm PADU: dah sebulan data ada satu haprak apa pon yillek. Habaq mai apa punya program command kau masuk dlm PADU tu sebulan pon algo dia tak bagi output?

Sama mcm mekanisme penarikan sabsidi petrol: Ang yg nak tarik. Ang yg announce nak tarik. Tapi sampai la hapdetnya ialah "kita masih perincikan"



prffthhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 07:28 PM | Show all posts
kemain bersorak ritu kan dah bersyarat2 pulak
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 7-5-2024 10:14 AM
Penjawat Awam dengar tu ehsan Madani.

Bukan sebab korang perform sangat buat kerja pun. Kena ketuk  ...

Bahasa halusnya ingat ihsan madani masa nak pangkah nnt.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pape jela pmx oi. Yg penting pru 16 ko berkubur
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 09:30 PM | Show all posts
ihsan madani???  cerita macam duit keluar dari poket hang je…. hahahahaha…. padahal duit cukai dari rakyat…. no, i dont give a damn pasal naik gaji, tapi jangan la dok muhong…
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 7-5-2024 07:47 PM
Bahasa halusnya ingat ihsan madani masa nak pangkah nnt.. haha

Masa PRU dan PRN nanti kalau penjawat awam tak ingat ehsan Kerajaan Madani memang tak tahu la nak cakap....kalau nak ikut performance tak layak langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 7-5-2024 10:14 AM
Penjawat Awam dengar tu ehsan Madani.

Bukan sebab korang perform sangat buat kerja pun. Kena ketuk  ...

Pekerja gomen mane yg ketuk baru jalan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
KucaiHijau replied at 8-5-2024 06:44 AM
Pekerja gomen mane yg ketuk baru jalan tu?

Contoh penguatkuasa la.

banyak wargaasing memandu tanpa lesen, sorok barang subsidi dan berniaga guna lesen orang tempatan.

Siap tanam sayur dan sawit dah sekarang ni...sewa pajak dari org tempatan...xda penguatkuasaan pun...semua tunggu aduan rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 7-5-2024 11:11 PM
Masa PRU dan PRN nanti kalau penjawat awam tak ingat ehsan Kerajaan Madani memang tak tahu la nak  ...

Kalau fikir pas ehsan madani, masa Bn dulu pun disuruh ingat sumbangan najib, siap najib offer 2x kenaikan gaji.

Tapi penjawat awam tetap pilih tukar kerajaan sebab 'percaya' zahid, najib, isa, bung semua salah.

Dan mrk ingat bila tukar minyak boleh turun,  ekonomi lagi bagus, tiada lantikan politik, azam baki tak jd bos sprm. Tapi azam baki tetap jd bos sprm, org yg dulu cakap bila jd kerajaan nak buang azam pun dah duduk diam jer. Hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.291815 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list