View: 730|Reply: 0
|
Havertz sedia jadi penyokong sejati Spurs
[Copy link]
|
|
HAVERTZ (tengah) sedia menjadi penyokong seteru Arsenal demi kejuaraan liga. FOTO AFP
Manchester: Penyerang Arsenal, Kai Havertz berkata, dia akan menjadi penyokong sejati seteru London utara, Tottenham apabila kelab berkenaan melayan kunjungan Manchester City Rabu ini.
The Gunners mengharapkan keputusan memihak kepada pesaing setempat mereka itu untuk perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Havertz melakukan hantaran kepada Leandro Trossard untuk gol tunggal ketika mencatat kemenangan 1-0 ke atas Manchester United sekali gus membawa anak buah Mikel Arteta di puncak liga dengan kelebihan satu mata.
Bagaimanapun, City masih mempunyai peluang meraih gelaran dan menentukan nasib di tangan mereka sendiri kerana mereka mempunyai baki dua perlawanan.
Aksi pertama hadir pertengahan minggu ini apabila anak buah Pep Guardiola berkunjung ke stadium di mana mereka tewas tanpa menjaringkan gol dalam selama empat musim dalam aksi EPL.
"Saya akan menjadi peminat sejati Tottenham yang pernah ada," kata Havertz. "Mari kita berharap yang terbaik!"
City dalam beberapa minggu kebelakangan ini, memenangi tujuh perlawanan liga terakhir mereka dengan harapan dapat meraih kejuaraan liga utama England kali keempat berturut-turut yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Arsenal terpaksa memberikan persembahan hampir sempurna untuk kekal dalam perlumbaan.
Mereka telah memungut 46 daripada 51 mata terakhir untuk mencatat rekod kelab 27 kemenangan dalam semusim.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... yokong-sejati-spurs |
|
|
|
|
|
|
| |
|