CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1361|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sindiket pemalsuan pasport asing 'Ofu Bhai' tumpas

[Copy link]
Post time 13-5-2024 10:59 AM | Show all posts |Read mode

PUTRAJAYA: Sindiket pemalsuan pasport dikesan menggunakan taktik baharu dengan mengubah suai helaian maklumat identiti terutama tarikh luput pada dokumen perjalanan terbabit.

Taktik itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menumpaskan sindiket 'Ofu Bhai' didalangi lelaki warga Bangladesh berusia 38 tahun dalam serbuan di sebuah kediaman di Kajang, Selangor, Jumaat lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata seorang wanita warga Filipina berusia 40 tahun turut ditahan dalam serbuan hasil aduan dan maklumat risikan itu.

"Sindiket ini menyasarkan warga Bangladesh yang tinggal lebih masa di negara ini dengan mengubah helaian maklumat identiti pada pasport mereka.


"Suspek akan mencetak helaian terbabit dengan meletakkan tarikh luput baharu dan kemudian menampalnya semula pada dokumen berkenaan untuk mengelirukan pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

https://www.bharian.com.my/berit ... ing-ofu-bhai-tumpas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.051479 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list