View: 4683|Reply: 16
|
Nak boikot silakan tapi jangan guna kata kesat! – Mira Filzah
[Copy link]
|
|
DITUDUH memandang sepi kekejaman yang berlaku di bumi Palestin, pelakon Mira Filzah tampil menegaskan dia kerap memuat naik hantaran mengenai perkara itu dalam media sosial.
Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, pengikut Instagramnya pasti menyedari akan kelantangannya berkongsi tentang kekejaman Zionis sebelum ini.
“Siapa yang datang semata-mata nak ‘stalk’ (mengintip) sahaja rasa ‘dan dan’ kongsi.
“Siapa yang sudah lama ikuti akaun media sosial, mesti tahu apa yang saya selalu kongsi. Mari saya tunjuk ya.
“Sebelum 12 Mei, (sebelum trend boikot artis jadi viral) pada tarikh 7 hingga 10 Mei pun saya ada muat naik. Sejak Januari pun sudah muat naik, bukan ‘dan dan’ (tiba-tiba),” katanya dalam aplikasi X.
Tambah Mira, dia turut menegur netizen agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat berkaitan gerakan boikot yang dilancarkan dalam media sosial.
“Saya bercakap ini untuk semua. Lakukan apa sahaja yang anda mahu. Kalau ingin sekat, buatlah tetapi tidak perlu sampai keluarkan kata-kata yang tidak baik.
“Itu ‘blockout’ bukan ‘makiout’. Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala,” ujarnya.
Difahamkan, nama Mira tersenarai dalam artis yang perlu diboikot kerana menjadi duta bagi produk pewangi.
Terdahulu, wujud gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.
Gerakan itu dibuat sebagai tanda rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk berkaitan atau menyokong Israel dalam media sosial milik mereka.
Antara nama besar yang diboikot ketika ini ialah Taylor Swift, Kim Kardashian, Blackpink, Lady Gaga dan Justin Bieber.
Netizen Malaysia juga turut tidak ketinggalan menyuarakan hal serupa dan menyenaraikan beberapa nama selebriti yang dikatakan masih mempromosikan produk menyokong Israel tanpa segan silu.
Selain Mira Filzah, nama artis tempatan yang turut disebut ialah Nadhir, Scha Alyahya, Daiyan Trisha, Eyka Farhana, Nabila Razali, Ameera Khan dan Neelofa.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la
Terpaling boikot sana sini
Tapi suka suki kafirkan orang lain
Suka suki yahudikan yg tak sekapal dia...
Terpaling ko tak boikot kena menjawab dgn tuhan
Mcm la dia boikot tu tak payah nak menjawab ape2....dok skroll fb meta kredit kad bagai
X boleh hidup kalau tak de IT yahudi |
|
|
|
|
|
|
|
menyampah jugak dengan geng2 terpaling boikot ni.
tak perlu canang satu dunia kau boikot pun.
ibarat bersedekah tak perlu pun orang tahu kau bersedekah gituuuuu..
ramai je yang support Palestine tapi tak kecoh sana sini nak tunjuk kau je lah ada kesedaran tentang perang dan boikot.. |
|
|
|
|
|
|
|
jahkobis pun tersenarai. terpalinggg dm segala hall. hipokrit kot |
|
|
|
|
|
|
|
macam aku, aku boikot artis fake, tak brbakat, acah2 comel, gedik, berangan, takde gred |
|
|
|
|
|
|
|
divalaura replied at 13-5-2024 11:54 PM
menyampah jugak dengan geng2 terpaling boikot ni.
tak perlu canang satu dunia kau boikot pun.
ibara ...
Tt @naeemah ke apa. terpaling n mcm gila clout. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari dulu xsuka Minah bajet ayu ni..
propa sgt..suka saiko..feeling diva... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam cari ni ade tak jenis makiout |
|
|
|
|
|
|
|
si basic ni patut cancel..gedik..takda bakat..muka basic kampung |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnye artis Msia ni kenal ke si setanyu tu nk suh nasihat eh ko jgnla buat Palestin gitu. X fhm aku. Ni mcm golongan Woke je ni. Buat keje x berfaedah, ko ghase setanyu tu peminat Mira filzah ke |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x suka retis gedik mcm kau...nmpk muka kau dlm TV je aku trus kalih channel |
|
|
|
|
|
|
|
MadameOnion replied at 14-5-2024 07:46 AM
si basic ni patut cancel..gedik..takda bakat..muka basic kampung
Setuju sgt!! |
|
|
|
|
|
|
|
L.U.S.M replied at 14-5-2024 06:28 AM
Dari dulu xsuka Minah bajet ayu ni..
propa sgt..suka saiko..feeling diva...
Brlakon pun control cntik pdhl muka kampung je pun |
|
|
|
|
|
|
|
Hoshhi replied at 14-5-2024 11:50 AM
Brlakon pun control cntik pdhl muka kampung je pun
Hahahahaha kannnn
|
|
|
|
|
|
|
|
That's like 90% of artis kita
|
|
|
|
|
|
|
| |
|