CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3481|Reply: 0

[Melaka] Ujian bertimpa lapan beranak

[Copy link]
Post time 16-5-2024 11:36 AM | Show all posts |Read mode

Lizawati memeriksa keadaan salah seorang anaknya yang terlantar akibat patah kaki ketika ditemui di Taman Cempaka, Durian Tunggal, Masjid Tanah semalam.

ALOR GAJAH – Sewa rumah empat bulan tertangguh selain tiada wang untuk membeli makanan merupakan sebahagian daripada kesusahan yang dihadapi lapan beranak di Taman Cempaka, Durian Tunggal dekat sini.

Lebih memeritkan, mereka terpaksa makan makanan berasaskan tepung gandum dan perlu mempelbagaikan menu bagi membangkitkan selera.

Lizawati Idris, 39, berkata, kesempitan hidup mereka berlarutan sejak sekian lama ekoran pendapatan suaminya, Mohd. Nazsha Md. Said, 40, sebagai tukang rumah tidak menentu.

Katanya, suaminya hanya ada pendapatan sekiranya mempu­nyai pelanggan atau dipanggil untuk membantu kontraktor.

“Sewa rumah pun sudah tertunggak empat bulan sebanyak RM2,000 tetapi tuan rumah masih membenarkan kami tinggal kerana simpati dengan ke­sempitan yang saya hadapi.

“Ada masa kami terputus bekalan makanan dan saya terpaksa mempelbagaikan menu berasaskan tepung gandum untuk diberi makan kepada enam anak berusia antara setahun hingga 20 tahun,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Lizawati, antara juadah yang menjadi menu rasmi keluarganya ialah cucur, lempeng dan bubur kosong.

Tambahnya, bebanan kewa­ngan keluarganya semakin menekan apabila anak keempatnya yang berusia 12 tahun patah kaki ketika melakukan latihan sukan lari berpagar di sekolah pada 8 Mei lalu.

“Anak kelima dan keenam memang ada penyakit semput, selalu bawa mereka ke hospital. Anak keempat pula tiba-tiba patah kaki, jadi ada suami tidak dapatlah bekerja beberapa hari kerana perlu membantu menguruskan anak-anak,” katanya.

Ujar Lizawati, dia ada menjual kuih ketika Ramadan sebagai ikhtiar menambah pendapatan tetapi terhenti akibat kehilangan modal.

“Kami dapat bantuan RM500 daripada Jabatan Agama Islam Melaka tetapi tidak mencukupi,” ujarnya.

Tambahnya, dia juga ada menerima bantuan eKasih yang digunakan untuk perubatan anak-anaknya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank Bank Simpanan Nasional milik Lizawati di nombor 051132900032639.
https://www.kosmo.com.my/2024/05/16/ujian-bertimpa-lapan-beranak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.052142 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list