CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6477|Reply: 1

Kelab EPL undi mansuh penggunaan VAR

[Copy link]
Post time 16-5-2024 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Pengadil menonton semula insiden di VAR sebelum membuat keputusan muktamad mengenai sesuatu insiden kontroversi termasuk ofsaid, memberikan sepakan penalti, membatalkan atau mengesahkan gol dan melayangkan kad kepada pemain. – Foto AFP

LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) akan diberi peluang untuk memansuhkan penggunaan video bantuan pengadil (VAR) bermula musim depan apabila mereka mengundi mengenai sistem reviu kontroversi itu pada mesyuarat agung tahunan bulan depan.

Wolves membentangkan resolusi untuk memansuhkan VAR kepada pentadbir pertandingan Liga Perdana, mencetus undian dalam kalangan 20 pasukan divisyen utama pada 6 Jun ini.

Kelab Molineux itu berkata, VAR "menggugat nilai jenama EPL" selepas satu lagi musim dicemari beberapa keputusan kontroversi yang boleh dipersoalkan.

Dalam usaha VAR dibatalkan terus dalam EPL, 14 daripada 20 kelab perlu mengundi untuk memansuhkan penggunaannya.


Wolves dijangka memujuk kelab lain dalam usaha mendapat sokongan sebelum mesyuarat itu.

VAR diperkenalkan dalam EPL pada 2019 bertujuan membantu pengadil mengelak kesilapan yang jelas dan nyata mencemari perlawanan pada masa lalu.

Namun terdapat banyak kontroversi mengenai penggunaan teknologi itu musim ini apabila pengurus dan peminat EPL semakin lantang menyuarakan kecaman mereka terhadap sistem itu.

"Pengenalan VAR pada 2019-20 satu keputusan yang dibuat dengan niat baik serta kepentingan terbaik bola sepak dan EPL," menurut kenyataan Wolves itu.

"Bagaimanapun ia menjurus kepada banyak kesan negatif yang tidak diingini serta merosakkan hubungan antara peminat dan bola sepak selain menjejaskan nilai jenama EPL.

"Keputusan untuk membentangkan resolusi ini dibuat selepas pertimbangan teliti dan dengan penuh hormat terhadap Liga Perdana, PGMOL (badan induk pengadilan) dan kelab pesaing kami," kata Wolves.

Pengurus Wolves, Gary O'Neil mendedahkan beliau kerap menerima panggilan telefon meminta maaf daripada ketua PGMOL, Howard Webb selepas keputusan VAR yang tidak menyebelahi pasukannya. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... nsuh-penggunaan-var
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 06:06 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia won the badminton thailand open 2024. proud of Malaysia. here is the video and enjoy it.

https://youtu.be/wEhnJgpXiyY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.066921 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list