CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7558|Reply: 0

[Pulau Pinang] Elak tempat tidak sesuai untuk berdoa, seperti di kubur orang kafir - Mufti

[Copy link]
Post time 19-5-2024 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Elak tempat tidak sesuai untuk berdoa, seperti di kubur orang kafir - Mufti


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



MUFTI Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. FOTO Arkib NSTP





Georgetown: Individu yang ingin berdoa dinasihati memilih tempat yang baik seperti di dalam masjid, bilik khusus bagi solat dan sebagainya, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata, seseorang Muslim perlu mengelak berdoa di tempat yang tidak sesuai seperti di tepi tandas, di bawah tangga dan sebagainya lebih-lebih lagi di kubur orang kafir.

"Adalah dikhuatiri sekiranya Allah SWT menurunkan azab ke atas penghuni kubur itu maka azab berkenaan akan meliputi bersama mereka yang hadir dan berdoa di lokasi berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wan Salim berkata demikian susulan video tular yang dilapor sebuah portal memaparkan sekumpulan individu melakukan upacara memperingati ulang tahun ke-55 rusuhan kaum di tapak perkuburan khas di Sungai Buloh, semalam.

Beberapa pemimpin agama termasuk Islam turut hadir dan mereka bergilir-gilir membaca doa mengikut agama masing-masing.

Tindakan pemimpin agama Islam yang membaca doa di kubur bukan Islam itu mendapat pelbagai reaksi warganet.

Wan Salim berkata, orang Islam bagaimanapun harus berdoa bagi perpaduan antara rakyat yang terdiri daripada penganut pelbagai agama.

Katanya, seseorang Muslim juga harus memohon doa supaya dikurnia kebaikan oleh Allah SWT kepada orang bukan Islam atau kafir seperti kesihatan tubuh, murah rezeki, banyak harta, beranak pinak dan sebagainya.

"Malah harus juga mendoakan supaya Allah SWT memberi hidayahNya kepada kaum keluarga, rakan atau jiran tetangga kepada agama Islam.

"Bagaimanapun adalah dilarang atau haram memohon keampunan Allah SWT bagi orang kafir yang sudah mati seperti firman Allah di dalam al-Quran, surah at-Taubah ayat 113," katanya.



Disiarkan pada: Mei 19, 2024 @ 8:40pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.045855 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list