CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14191|Reply: 0

[Kedah] 'Spiderman' akhirnya turun dari pencawang selepas 2 jam dipujuk

[Copy link]
Post time 21-5-2024 03:37 AM | Show all posts |Read mode
'Spiderman' akhirnya turun dari pencawang selepas 2 jam dipujuk

Oleh NURUL HIDAYAH HAMID21 Mei 2024 12:07am








Tindakan seorang lelaki memanjat pencawang elektrik di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman, Jitra pada petang Isnin mencemaskan orang ramai.




JITRA – Tindakan berani seorang lelaki berlagak ala 'Spiderman' dengan memanjat sebuah pencawang bervoltan tinggi berketinggian kira-kira 25 meter (m) menggemparkan penduduk di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman, di sini, pada petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.17 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.



“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki berada di atas pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk terjun,.

"Susulan itu, jentera Aerial Ladder Platform (ALP) telah dihantar ke lokasi kejadian bagi tujuan menyelamat dan TNB dipanggil untuk memutuskan bekalan elektrik di pencawang itu," katanya dalam kenyataan pada Isnin



Menurutnya lagi, pihaknya berdepan kesukaran untuk menyelamatkan lelaki itu berikutan voltan elektrik tinggi yang berisiko membawa kepada renjatan elektrik.

Beliau menambah, lelaki itu pada mulanya juga enggan turun dari pencawang, namun usaha memujuk hampir dua jam membuahkan hasil apabila dia dibawa turun dengan selamat menggunakan ALP pada jam 8.43 malam.

Mohd Bustan memaklumkan, lelaki berusia 30-an kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.390313 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list