View: 8104|Reply: 0
|
Faisal Halim fokus pemulihan psikologi, emosi
[Copy link]
|
|
Faisal
SHAH ALAM – Bintang sensasi Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani proses pemulihan dengan memberi tumpuan aspek psikologi dan emosi selepas selamat menjalani pembedahan keempat semalam.
Ketua perubatan sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair berkata, proses pemulihan berkaitan kecederaan di anggota badan pemain kebangsaan ekoran terkena simbahan asid sudah menunjukkan tanda-tanda positif.
Kata Hazwan, aspek berkaitan mental Faisal akan diberi perhatian bagi memastikannya dapat kembali semula ke tahap terbaik bukan saja dari sudut fizikal tetapi psikologi.
“Berkaitan soal psikologi, kita rancang menjalankan beberapa ujian. Justeru, kita akan meminta bantuan daripada pihak ISN (Institut Sukan Negara) yang telah dinyatakan sebelum ini.
“Selain itu, kita juga akan buat kajian bagaimana kita boleh dapat objektif kandungan untuk lihat psikologi dan emosi Faisal.
“Sebab bagi pihak kelab, selain daripada fizikal, aspek itu (psikologi) juga penting,” katanya.
Kosmo! semalam melaporkan Faisal yang mesra dengan gelaran Mickey sudah selamat menjalani pembedahan terakhir yang dikenali sebagai ‘split skin grafting’ (SSG).
Pemain berusia 26 tahun itu kini sedang dalam fasa pemulihan dengan pegawai perubatan memberikan tempoh 48 hingga 72 jam sebelum memberi sebarang keputusan andai dibenarkan ‘discaj’ lebih awal.
Pada 5 Mei lepas, arena bola sepak kebangsaan dikejutkan dengan ‘khabar duka’ selepas Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di Damansara, Petaling Jaya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... an-psikologi-emosi/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|