Edited by zasrfikri at 22-5-2024 07:18 PM
- GALAKSI VIRAL - Makanan Kedah Darul Aman memang sangat sedap dan unik. Cheq tak sabaq nak makan makanan kedah. Sedap lazat tak tau nak habaq cmna. Terbaik. Jom kita lihat apakah makanan Kedah yang popular di sini.
MAKANAN KEDAH PALING POPULAR
1. LAKSA KEDAH - Catatan :
- Laksa ini juga dikenali sebagai Laksa Utara dan boleh dikatakan hampir semua pasar malam ada jual laksa ini terutamanya di kawasan Lembah Klang. Ini sudah cukup menunjukkan betapa popularnya laksa Kedah ini. Laksa ini jenis makanan berkuah dan terdiri daripada sajian istimewa seperti laksa beras, ikan kembung, asam keping, belacan, telur dan garam. Lazimnya kuah laksa ini sedikit kelabu berbanding kuah laksa yang lain.
- 2. BIHUP SUP UTARA @ BIHUN SUP SAMBAL MERAH
- Catatan :
- Perbezaan utama bihun sup utara ini dengan bihun sup lain ialah bihunnya berwarna kuning dan ada sambal merah. Bihun ini juga cukup popular seperti Laksa Kedah di seluruh Malaysia.
- 3. GULAI KAWAH (GULAI BATANG PISANG)
- Catatan :
- Gulai ini mula popular di seluruh Malaysia beberapa tahun lepas selepas hidangan ini makin kerap dijual di seluruh bazar ramadan di Malaysia. Gulai ini cukup popular di Baling Kedah. Bahan yang digunakan untuk masakan ini ialah umbut pisang bersama lembu bertulang atau kambing.
- 4. NASI LEMAK ROYALE
- Catatan :
- Menu hidangan ini sangat popular di kalangan rakyat Malaysia kerana ia bukan nasi lemak tipikal di mana nasinya berwarna kuning, ada kuah kari campur dan pelbagai lauk pauk.
- 5. NASI DAGING AIR ASAM
- Catatan :
- Kekuatan menu ini ialah air asamnya padu dan nasi daging yang lazat. Sangat sedap dimakan ketika masakan tengah suam suam panas.
- 6. KUIH DANGAI
- Catatan :
- Kuih ini dihasilkan melalui tiga bahan utama iaitu kelapa, tepung dan gula. Kuih ini antara kuih kedah yang sangat popular di seluruh Malaysia.
- Ada lagi banyak lagi makanan Kedah yang sedap & lazat. Nak tahu boleh klik link ini untuk bacaan penuh artikel >>
- https://galaksiviral.blogspot.com/2024/05/makanan-kedah-paling-popular.htm
- GALAKSIVIRAL
- Arkib Hiburan Malaysia
- https://galaksiviral.blogspot.com/
|