CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18507|Reply: 0

[Kedah] Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena

[Copy link]
Post time 23-5-2024 12:45 AM | Show all posts |Read mode
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

22 Mei 2024 11:40pm








Dua mangsa tersepit berjaya dikeluarkan bagaimanapun seorang daripadanya dilaporkan meninggal dunia. Foto JBPM




SUNGAI PETANI - Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena di Jalan Sidam Kiri, di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 8.11 malam berhubung kejadian.



Menurutnya, operasi mengeluarkan mangsa dilakukan anggota BBP Tikam Batu dan BBP Amanjaya yang dikejarkan ke lokasi sejurus kemudian.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat dua mangsa perempuan dilaporkan tersepit.



"Seorang mangsa berusia 40-an dilaporkan telah meninggal dunia manakala seorang lagi mengalami kecederaan di bahagian muka," katanya.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, identiti mangsa terlibat masih belum dapat dikenal pasti.

Mangsa cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut, manakala seorang lagi yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

"Kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan turut dijalankan anggota di lokasi kejadian.


"Operasi tamat pada jam 10.43 malam," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.058256 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list