CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8969|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis kekal sahkan wanita maut dipercayai terjatuh hotel sebagai SDR

[Copy link]
Post time 24-5-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Polis kekal sahkan wanita maut dipercayai terjatuh hotel sebagai SDR


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 24, 2024 @ 12:33pm [email protected]




Foto hiasan





GEORGETOWN: Kecederaan konsisten berikutan jatuh dari tempat tinggi menjadi punca kematian penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah hotel di Tanjung Bungah, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata ia berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Hasil keputusan bedah siasat itu mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang konsisten kerana jatuh dari tempat tinggi (multiple injuries consistent with fall from height).

"Tiada sebarang unsur jenayah ditemukan dan kematian kekal disahkan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, mayat mangsa dikatakan sudah dituntut oleh ahli keluarganya di hospital berkenaan.

Difahamkan, mangsa tidak mempunyai rekod sakit mental, namun sejak kebelakangan ini sering menceritakan kisah lama dirinya kepada rakan lelaki yang bersamanya ke hotel terbabit.

Terdahulu, media melaporkan, mayat wanita berusia 24 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah oleh orang awam pada jam 3.35 petang kelmarin, sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.

Difahamkan, mangsa pergi ke hotel itu bersama rakan lelakinya yang juga berusia 24 tahun dan kejadian berlaku tidak lama selepas mereka mendaftar masuk ke bilik.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.920221 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list