CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3628|Reply: 0

[Kedah] Cuaca panas undang ular ke rumah penduduk

[Copy link]
Post time 30-5-2024 09:11 AM | Show all posts |Read mode
Cuaca panas undang ular ke rumah penduduk


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



Anggota Bomba berjaya menangkap ular punti di sebuah rumah penduduk di Kampung Sungai Pau. FOTO IHSAN BOMBA





Sik: Cuaca panas yang melanda daerah ini sejak Januari lalu menyebabkan kes tangkapan haiwan berbisa seperti ular kini mencecah 50 kes.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, cuaca itu juga menjadi faktor reptilia itu 'menumpang bertssk air dan timbunan sampah juga antara tempat yang paling digemari reptilia itu untuk 'berehat'.

"Dalam kes terbaru semalam, anggota kami berjaya menangkap seekor ular punti sepanjang dua meter ketika ia 'berehat' di celahan kotak di belakang sebuah rumah penduduk di Kampung Sungai Pau di sini.

"Panggilan khidmat khas menangkap ular itu diterima pada 1.06 tengah hari dan ular itu berjaya ditangkap kira-kira lima minit kemudian menggunakan penjerut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zulkhairi berkata, walaupun ular itu mempunyai bisa tetapi ia bukan kumpulan 'pembunuh senyap' seperti tedung, katang tebu, kapak bodoh, namun ia tetap berbahaya kepada imun badan yang boleh mengakibatkan tempat gigitan ular itu membengkak dan kejang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat setempat supaya menjaga kebersihan di kawasan persekitaran rumah kerana kawasan lembab dan sejuk menjadi kesukaan ular.

"Penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran semak dan hutan juga perlu sentiasa memantau kawasan sekitar rumah kerana bimbang didatangi reptilia ini.

"Segera hubungi pasukan penyelamat untuk membantu menangkap ular jika memasuki rumah kediaman kerana bimbang spesies ular berkenaan berbisa dan boleh mengancam nyawa, sekiranya ia terasa diancam," katanya.



Disiarkan pada: Mei 30, 2024 @ 8:53am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.595576 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list