View: 6734|Reply: 8
|
Plan Bercuti Ke Cameron Highland, Pekerja Offshore Helok Ashraf Nak Bawok Bining G Tempat Sejuk Sket!
[Copy link]
|
|
Sejak dari bangku sekolah lagi, kita sering ditanya mengenai cita-cita atau pekerjaan yang diingini apabila besar nanti. Antara pekerjaan yang sering menjadi pilihan adalah doktor, guru, polis dan jururawat.
Jarang sekali kedengaran orang memilih untuk bekerja di lautan atau persisir laut (offshore).
Namun semakin menginjak usia, pilihan dan pandangan individu tentang kerjaya berubah mengikut kelayakan dan keperluan individu itu sendiri.
Pada masa kini, dapat dilihat bidang Minyak & Gas (Oil & Gas) turut menjadi antara pilihan bagi segelintir individu dalam mencari sumber pendapatan.
Walaupun gaji yang ditawarkan dalam bidang ini agak lumayan, namun ada pengorbanan yang perlu dibuat.
Ini kerana rata-rata pekerja offshore perlu turun ke laut dan meninggalkan keluarga untuk tempoh yang agak lama. Namun, kebiasaannya tempoh cuti yang diberikan juga agak lama.
Pekerja Mahu Bawa Keluarga Bercuti, Ada Yang Mahu Belikan Hadiah
Menerusi video yang dikongsikan oleh @amaliahmad2593, kelihatan beberapa pekerja offshore yang juga merupakan rakan-rakanya ditemubual tentang rancangan atau program apabila mereka bercuti nanti.
Apa yang menjadi perhatian adalah respon rakan-rakannya itu yang teruja dan sudah merancang untuk membawa keluarga pergi bercuti.
Ada yang memilih untuk bercuti ke Cameron Highlands dan Gambang Pahang, Pulau Pinang serta Kuala Lumpur untuk meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.
Malah, ada juga di antara rakannya itu yang mahu menghadiahkan sesuatu buat yang tersayang sebaik mereka naik ke darat.
“Saya nak bawa isteri beli emas, nak bawa emak saya beli emas,” kata salah seorang rakannya.
Respon Raih Perhatian Warganet
Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.2 juta itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata netizen gembira dan memuji respon kesemua pekerja berkenaan.
Ini kerana semua jawapan yang diberikan oleh pekerja offshore itu dilihat memberi gambaran mereka mengutama dan mahu membahagiakan keluarga tercinta.
Malah, ada warganet turut menitipkan pesanan kepada ahli keluarga mereka agar menghargai penat lelah pekerja-pekerja ini yang berkorban dan bekerja keras bagi mencari nafkah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|