CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11860|Reply: 0

[Kedah] Pusat sedia bantu bina empangan bawah tanah di Langkawi

[Copy link]
Post time 31-5-2024 10:13 PM | Show all posts |Read mode
Pusat sedia bantu bina empangan bawah tanah di Langkawi


Oleh Hamzah Osman - Mei 31, 2024 @ 8:23pm [email protected]




Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (dua dari kanan) meninjau projek pembinaan empangan bawah tanah di Langkawi. - Foto ihsan Facebook Akmal Nasir





LANGKAWI: Kerajaan Persekutuan sedia membantu membina empangan bawah tanah di Langkawi, dalam usaha menjamin kualiti sumber dan kemampanan bekalan air bersih di pulau pelancongan berkenaan.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata langkah itu diyakini dapat meningkatkan sumber air di pulau itu, sekali gus mengurangkan kebergantungan sumber air dari tanah besar.

"Apa cerita nak buat empangan bawah tanah di Langkawi? Selain pergantungan air dari tanah besar, kita perlu tingkatkan sumber air di pulau ini.

"Pembinaan empangan oleh Kerajaan Persekutuan ini ikhtiar kita untuk bekalan air yang lebih terjamin di Langkawi," katanya di akaun media sosialnya, hari ini.

Catatan dimuat naik itu turut disertakan rakaman video berdurasi 95 saat dipercayai berhubung inisiatif Timbalan Menteri itu turun padang meninjau projek pembinaan empangan bawah tanah di pulau itu.

Dalam tinjauan itu, beliau dilihat mendapat taklimat ringkas daripada wakil Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) berkaitan projek itu yang masih di peringkat awal pembinaan.

Akmal Nasrullah dimaklumkan oleh wakil SADA berkenaan, projek itu kelak mengandungi pembinaan dinding bagi menakung air dan hamparan pasir yang bakal bertindak sebagai penapis air semula jadi.

Wakil SADA turut memaklumkan, pembinaan empangan bawah tanah lebih efisien selain menjimatkan kos berbanding Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) yang memerlukan pengambilan tanah, sekali gus boleh mengundang isu sosial.

Akmal Nasrullah turut mengakui perkara itu menjadi antara pertimbangan utama yang dibuat pihaknya supaya projek yang dibiayai Kerajaan Persekuatuan itu dapat memberi manfaat maksimum kepada rakyat Langkawi.

"Ideanya dulu memang nak buat TAPS (Projek Takungan Air Pinggiran Sungai), bila berlaku kekangan dari segi kos, arahan di peringkat kementerian, kaji balik cara mana lagi yang boleh.

"Boleh dikira beruntung sebab kebetulan kita bina sebelah sahaja (dan) situasi ini yang membolehkannya lebih murah berbanding dekat TAPS," katanya.

Beliau berkata, projek pertama yang bakal dibina di negara ini itu telah mendapat persetujuan dan kerjasama kerajaan negeri.

"Bukan mudah nak yakinkan orang ramai, siapa boleh bayangkan empangan bawah tanah ada di Malaysia, tak pernah buat.

"Walaupun ini projek Kerajaan Persekutuan, kita mahu dapatkan kerjasama semua, bila akhirnya dah siap yang dapat manfaatnya negeri juga," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.717459 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list