CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8753|Reply: 0

Aksi Harimau Malaya membimbangkan, hanya menang 1-0 dengan Perak

[Copy link]
Post time 1-6-2024 09:42 AM | Show all posts |Read mode

AKSI antara skuad kebangsaan dengan Perak malam tadi. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab Liga Malaysia (Liga M) Perak FC menceritakan bahawa tugas sukar bakal menanti skuad Harimau Malaya di bumi Bishkek apabila turun menentang Kyrgyzstan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 6 Jun ini.

Biarpun hanya sekadar aksi pemanas badan, namun kemenangan tipis ke atas skuad The Bos Gaurus dalam aksi persahabatan tertutup di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi itu agak membimbangkan.

Lantas berbaki enam hari sebelum aksi getir itu perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pengendali negara, Kim Pan-gon untuk meningkatkan lagi tahap permainan pasukan.

Dalam aksi itu, jaringan tonggak pertahanan negara Daniel Ting pada minit ke-17 sudah cukup menyelamatkan maruah skuad negara.


Malah, barisan penyerang kebangsaan perlu segera menajamkan sentuhan di depan gol terutamanya buat Paulo Josue, Akhyar Rashid mahupun Safawi Rasid.

Terdahulu, kem negara kehilangan lima pemain di jentera hadapan seperti Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Darren Lok, Romel Morales dan Syafiq Ahmad ekoran masalah kecederaan.

Selepas aksi ini, pasukan negara akan terbang ke Bishkek untuk berdepan Kyrgyzstan sebelum pulang ke tanah air untuk aksi terakhir Kumpulan D kelayakan itu dengan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun ini.

Jika mampu melepasi kedua-dua aksi dengan memungut enam mata maksimum, pasukan negara akan layak automatik ke Piala Asia 2027 dan turut meraih tiket ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ng-1-0-dengan-perak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 1.038465 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list