CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3344|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis cari suspek bungkus kucing dalam guni, buang dalam sungai

[Copy link]
Post time 1-6-2024 02:08 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular memaparkan seorang individu menyelamatkan kucing yang dibungkus dalam guni berikat serta dicampak ke dalam parit di Jalan Kota Giam, Jelutong. FOTO Facebook Persatuan Haiwan Malaysia

Georgetown: Polis sedang mengesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 66 saat memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing dalam guni yang berikat itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika berkata kejadian seumpama itu bukan kali pertama dan pihaknya telah menerima maklumat berkaitan insiden sama beberapa kali sebelum ini.


Bagi kes kali ini, beliau berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh seorang individu yang mengaku melihat seorang lelaki yang juga penduduk di kawasan itu, membuang guni berisi seekor kucing hidup ke dalam sungai tersebut kira-kira 8.30 pagi semalam.

"Perbuatan zalim kali ini berlaku di tempat sama kerana sebelum ini pernah juga berlaku, namun (kali ini) sempat ditonton oleh saksi yang selama ini tertanya-tanya siapakah yang sering bungkus kucing dalam guni berikat dan lempar ke sungai sehingga kucing mati," katanya.

Beliau berkata, individu berkenaan yang juga wakil persatuan itu di Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -buang-dalam-sungai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.700913 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list