CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3781|Reply: 0

[Kedah] Dua atlet PDRM juarai Kejohanan Langkawi Swimming Festival 2024

[Copy link]
Post time 2-6-2024 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Dua atlet PDRM juarai Kejohanan Langkawi Swimming Festival 2024

OlehMOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB

02 Jun 2024 03:20pm




Abdul Hai (kiri) dan Muhammad Afzal menunjukkan medal kejuaraan semasa beraksi pada Kejohanan Langkawi Swimming Festival 2024, di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi pada Ahad. Foto PDRM




LANGKAWI - Tanpa kenal erti putus asa, dua atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menjuarai Kejohanan Langkawi Swimming Festival 2024, di Pantai Tanjung Rhu, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Balai Kempas, Inspektor Abdul Hai Salleh dan Konstabel Muhammad Afzal Farhan Mohd Nor dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 4 Kuala Lumpur telah mencipta kejayaan bagi kategori umur 30 hingga 39 tahun.



Untuk rekod, Abdul Hai menduduki tempat pertama selepas mencatat 2 jam 55 minit 13 saat, manakala Muhammad Afzal di kedudukan kedua dengan masa 3 jam 10 minit 10 saat.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, kejohanan melibatkan jarak sejauh lapan kilometer.


"Ia memerlukan peserta berenang dari Pantai Tanjung Rhu ke Pulau Gasing dan Pulau Pasir berenang pulang ke Pantai Tanjung Rhu sebanyak dua kali.
"Kejohanan ini bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di mana sebanyak 21 negara telah mengambil bahagian dalam edisi kali ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambah Azmi, Abdul Hai dan Muhammad Afzal telah berjaya memartabatkan nama pasukan renang PDRM di dalam Sukan Renang Laut Terbuka.

Ujarnya, kejayaan itu membuka mata banyak pihak tentang pencapaian atlet PDRM walaupun pasukan renang PDRM ini baru dua tahun ditubuhkan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.549237 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list