CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6543|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki aniaya kucing sampai mati diberkas

[Copy link]
Post time 2-6-2024 05:06 PM | Show all posts |Read mode

Bangkai kucing yang ditemui dalam parit di Kota Giam, Jelutong, semalam.

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing sehingga mati, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang pengadu wanita kelmarin.

“Suspek iaitu seorang lelaki berusia 40-an telah ditahan di kawasan Jelutong dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan pihak polis sedang mengesan seorang individu yang disyaki melakukan perbuatan kejam melemparkan guni berisi seekor kucing ke dalam parit di Kota Giam, Jelutong di sini.

Berdasarkan laporan yang diterima, pengadu wanita berusia 31 tahun ternampak seorang lelaki dari Kota Giam telah membuang satu guni ke dalam parit terbabit kira-kira pukul 8.30 pagi.

Pengadu yang bekerja sebagai penghantar makanan bagaimanapun gagal menyelamatkan kucing tersebut apabila haiwan itu ditemui sudah mati. -KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... mpai-mati-diberkas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:10 AM GMT+8 , Processed in 1.244067 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list