CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6784|Reply: 0

Skuad takraw dapat 'durian runtuh' RM170,000

[Copy link]
Post time 3-6-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan Malaysia muncul naib juara selepas tewas kepada Thailand pada perlawanan akhir acara berpasukan Sepak Takraw Piala Dunia 2024 di Stadium Titiwangsa. NSTP/HAZREEN MOHAMAD

SEPANG: Skuad sepak takraw lelaki negara menerima insentif khas keseluruhan berjumlah RM170,000 susulan kejayaan memenangi dua pingat emas dan satu perak pada saingan Piala Dunia 2024, minggu lalu.

Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau, berkata pasukan double dan regu yang memenangi emas menerusi kemenangan ke atas Thailand di pentas final masing-masing akan menerima sebanyak RM60,000 manakala bagi acara berpasukan yang meraih perak diberi ganjaran RM50,000.

"Ini adalah insentif khas daripada MSN (Majlis Sukan Negara) dan bukannya melalui SHAKAM (Skim Hadiah Kemenangan Sukan). Ini kerana kejohanan ini bukan kejohanan utama yang diletakkan oleh PSM (Persatuan Sepaktakraw Malaysia) sebagai kejohanan utama.


"Namun, saya menggunakan budi bicara saya sebagai menteri untuk memberikan insentif khas ini kerana kita tahu Piala Dunia sepak takraw ini sangat besar maknanya untuk rakyat Malaysia dan atlet.

"Kita tahu atlet sudah bekerja keras untuk memenangi emas," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan kepulangan atlet boling padang para di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) di sini, hari ini.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai permintaan PSM untuk memiliki stadium sepak takraw sendiri, Hannah, berkata pihaknya bersama persatuan akan mengadakan perbincangan bersama pihak universiti tempatan yang mempunyai banyak tanah.

"Kita ada 103 jenis sukan yang diwartakan, kalau boleh memang saya mahu padankan satu sukan itu ada tempat latihan sendiri tetapi untuk satu sukan dapat satu stadium agak sukar sebenarnya.

"Jadi, apa yang kita akan buat adalah kita bersama persatuan berbincang dengan universiti kerana sekarang ini kita memang banyak jalinkan kerjasama dengan KPT (Kementerian Pengajian Tinggi).

"KPT ini ada banyak tanah untuk sukan dan bila tiada kejohanan pelajar-pelajar boleh gunakan. Saya rasa itu kaedah yang paling efektif," katanya.

Ditanya mengenai satu lagi permintaan yang mahu sepak takraw dikembalikan sebagai sukan teras, Hannah, berkata: "Saya tahu PSM banyak permintaan sekarang kerana mereka sedang menunjukkan kejayaan.

"Perkara ini sedang dibincangkan di peringkat MSN kerana kita mahu pastikan bukan sahaja di peringkat KBS, tetapi kita kena ada kesinambungan di peringkat KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)," kata Hannah.

Sebagai rekod, sepak takraw bersama angkat berat dan taekwondo adalah tiga sukan digugurkan MSN daripada senarai sukan teras negara pada 2017, berikutan prestasi buruk serta tidak menunjukkan peningkatan berdasarkan semakan semula, termasuk kajian mendalam terhadap prestasi ketiga-tiga sukan itu sejak 2007.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ian-runtuh-rm170000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048959 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list