View: 3590|Reply: 8
|
Hibah dan masaalah selepasnya...
[Copy link]
|
|
Edited by ibnur at 6-6-2024 10:44 AM
Assalamualaikum warahmatullah
Dah bertahun saya tak buka thread, hari ini terdapat ilham.
Sejak beberapa tahun lepas, saya selalu dihubungi oleh ejen-ejen hibah. Setiap kali saya bagitahu saya tidak berminat. Saya mempunyai alasan sendiri untuk tidak membuat hibahy dan juga saya tidak pernah recomend hibah. Bagi saya hukum faraid itu cukup lengkap. Sekiranya waris ada masaalah dengan proses faraid, itu adalah masaalah waris, bukan lagi masaalah orang yang sudah meninggal dunia.
Saya pernah mengikuti 'ceramah' ejen hibah dan wasiat beberapa kali. Dan boleh katakan saya faham semampu saya. Cuma, ejen biasanya akan bercerita yang bagus-bagus sahaja dan cuma akan cerita yang tak bagus bila kita tanya.
Hibah sebenarnya bagus kalau sesuatu itu dihibahkan dan diumumkan sebelum kematian. Cara ini tidak menimbulkan massalah. Waris yang tak dapat hibah terpaksa terima. Nabi s.a.w. wafat tidak meninggalkan harta kecuali ilmu. Harta Nabi s.a.w. sudah dihibahkan sebelum baginda wafat.
Tetapi boleh kata kesemua ejen focus kepada perlantikan wasi dan hibah diumumkan selepas kematian. Ini sudah hampir boleh jadi wasiat. Sudah beberapa kes hibah dicabar di mahkamah syariah. mereka yang mencabar dan dicabar pula kena belanja untuk bayaran guaman. Ejen hibah atau wasi sudah dapat bayaran lama dah....
Jadi... apa pandangan tuan puan boleh komen... tapi tak semestinya saya balas ye.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT
Tetapi boleh kata kesemua ejen focus kepada perlantikan wasi dan hibah diumumkan selepas kematian. Ini sudah hampir boleh jadi wasiat. Sudah beberapa kes hibah dicabar di mahkamah syariah. mereka yang mencabar dan dicabar pula kena belanja untuk bayaran guaman. Ejen hibah atau wasi sudah dapat bayaran lama dah....
Kempen wasiyyah/hibah² rancak masa tahun 2015-16, bila heboh ~RM60 billion harta org islam tak dituntut.
(yg pelik 2023 ~RM90 billion)
Mcm cerita keluarga Ismet Ulam Raja dgn anak² dia; Abdul Wahab, Abdul Wahib, Abdul Wahub.
- Abdul Wahib kaget, buka konsultan guaman shoppe berhad (berejen) ikut jejak Suleiman Akhlaken
P/s: Puluh ribu kes tuntutan pusaka tertunggak, jem jalan. Nasib baik ada highway. Kalu hibah sebelum kematian, PM6 tak masuk jail.
Penasehat dua puluh persen, Kassim Patalon.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau macam ni mana yang lebih elok hibah atau wasiat tp wasiat ni bukan boleh dicabar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg ni tgk bersepah ejen2 promosikan hibah. Hibah ni kan hadiah dari si mati utk org tersayang yg terpilih. |
|
|
|
|
|
|
|
Wasiat sentiasa boleh dicabar oleh waris. Automatik akan terbatal bila satu waris pertikai. Jika buat hibah, pastikan proses secara bertulis mengikut undang-undang selesai sebelum meninggal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hibah ni sebagai hadiah utk di beri kepada sesiapa kan? di beri ketika masih hidup.. saya x pasti |
|
|
|
|
|
|
|
Ye betul.
Kalau benda-benda yang diwartakan sebagai harta boleh alih (kereta, motosikal, kapalterbang) dan tidak boleh alih (apartment, rumah, tanah, lombong) perlu dibuat ikut undang-undang. Macam basikal tu boleh jugak masuk tapi kena basikal yang mahal le, kalau tak nanti buang tenaga je.
Contohnya; seorang hibah tanah kepada masjid, lalu dia beri geran kepada masjid tanpa perubahan apa-apa. Sambil dia kata saya wakafkan tanah ini kepada masjid. Nazir masjid ambil geran simpan dalam kabinet masjid. Yang pewakaf tu pulak meninggal, waris dapat tahu geran ada di masjid. Hasil 'Carian Rasmi' Pejabat Tanah, geran masih lagi nama arwah. Ini kes biasa. Wakaf air liur. Masuh mahkamah syariah, confirm mahkamah bagi balik geran kepada waris.
Proses ejen hibah pula saya tak berapa pasti sebab tak pernah buat. Tapi biasanya lepas meninggal je, ejen pun datang buka dokumen. Waris pulak pertikai, masuk mahkamah. Biasanya waris akan menang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa-apa pun, kalau bawa ke mahkamah, sudah tentu ada kos guaman. Ada juga yang tak bawa ke mahkamah sebab tak ada duit untuk lawyer, lalu redha aje.
Yang tak dapat dipertikai pun ada juga, ini bila ejen hibah yang bagus. Proses perundangan lengkap. Terutamanya ada saksi, ada surat Pesuruhjaya Sumpah dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
ibnur replied at 3-7-2024 12:50 PM
Ye betul.
Kalau benda-benda yang diwartakan sebagai harta boleh alih (kereta, motosikal, kapalte ...
thanks for the info |
|
|
|
|
|
|
| |
|