CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2996|Reply: 0

Jojo mahu tenang tapi agresif lawan Nguyen

[Copy link]
Post time 4-6-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode

JOHAN bertarung Sabtu ini.

Kuala Lumpur: Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar bersedia untuk beraksi dengan lebih tenang tetapi tetap agresif menjelang pertarungan ONE Championship Sabtu ini.

Menurutnya, bagi aksi menentang Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE 167 di Impact Arena, Bangkok dia mahu kelihatan tenang tetapi masih menghiburkan.

"Saya perlu bijak untuk memilih masa sesuai bagi melakukan tumbukan dan sepakan. Semua akan lihat versi Jojo yang lebih 'upgrade'," katanya ketika sesi bersama media secara atas talian, semalam menjelang pertarungan dengan Tran Duy, Sabtu ini.

Ini pertarungan pertama Johan sejak kali terakhir pada 8 Disember tahun lalu yang menyaksikan dia menumbangkan juara WBC dari Mexico, Edgar Tabares menerusi kemenangan 'knockout' (KO) dalam tempoh 36 saat di Bangkok.


Ujarnya, dia sudah melakukan persiapan selama tiga bulan sebagai persediaan berdepan Tran Duy di bawah bimbingan jurulatihnya dari Thailand, Addy Sipangyak.

"Sebaik saja kami menandatangani kontrak untuk pertarungan ini kira-kira tiga bulan lalu, saya terus buat persiapan. Saya buat analisis mengenai strategi dan cara pertarungannya. Memang saya sudah buat persiapan terbaik," katanya yang mesra disapa Jojo dan berusia 18 tahun.

Dia yang mewakili Rentap Muay Thai Gym mengakui bakal berdepan saingan sukar kerana Tran Duy adalah juara WMF Muay Thai sebanyak lima kali.

"Tran Duy seorang yang berpengalaman mungkin akan berlanjutan ke pusingan kedua atau ketiga tetapi jika ada peluang untuk menang di pusingan pertama saya pasti akan ambil," katanya.

Pertarungan kali ini turut menawarkan bonus prestasi sebanyak AS$50,000 (RM235,332.68) kepada pemenang jika melepasi syarat ditetapkan.

Pada Oktober tahun lalu, Johan mencipta sejarah apabila menjadi atlet tempur termuda memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 (RM463,300) dengan ONE Championship.

Dengan rekod kemenangan 5-0 termasuk empat menerusi kiraan knockout (KO) sepanjang saingan musim lalu, Johan turut diangkat sebagai Bintang Muda Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gresif-lawan-nguyen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.229512 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list