View: 2145|Reply: 0
|
MFL tukar waktu perlawanan
[Copy link]
|
|
AKSI antara KDA FC dan Bukit Tambun ditukar kepada 9 malam. FOTO Ihsan KDA FC
Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menunggu lama apabila mengumumkan perubahan waktu aksi pusingan 16 terbaik Piala FA babitkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Bukit Tambun, pada 14 Jun ini.
Menurut kenyataan media yang dikongsikan di laman Facebook MFL, badan pengelola itu mengubah aksi di Stadium Darul Aman daripada jam 6.30 petang kepada 9 malam.
Jelas MFL, pertukaran itu dibuat selepas mengambil kira sensitiviti waktu solat Maghrib bagi penyokong yang beragama Islam.
"Walaupun waktu sepak mula sebelum ini telah dipersetujui oleh kedua-dua kelab berkenaan, kemas kini ini adalah merujuk kepada sensitiviti waktu solat Maghrib di Kedah," kata kenyataan itu.
Pertukaran itu hanya babitkan aksi di Alor Setar, namun waktu permainan bagi aksi Kuala Lumpur City FC dan Kuching City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Jun kekal pada jam 6.30 petang.
Terdahulu, penyokong bola sepak negara ternyata berang dengan pengumuman MFL yang meletakkan waktu sepak mula bagi dua aksi pusingan 16 terbaik Piala FA pada jam 6.30 petang.
Berdasarkan pengumuman yang dibuat semalam, pertemuan antara KDA FC menentang Bukit Tambun FC serta KL City dan Kuching City akan dilangsungkan sejam sebelum solat Maghrib di mana ia mengundang kemarahan penyokong terutamanya yang beragama Islam.
Antara kelab penyokong yang lantang membantah adalah Kelab Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah (HKC) dan Green Yellow Supporter Club (GYSC).
Selain dua aksi itu, enam lagi perlawanan turut berlangsung termasuk babitkan aksi tumpuan antara Terengganu FC dan Perak FC di Gong Badak pada 14 Jun jam 9 malam, serta pertemuan JDT dan Kelantan Darul Naim di Stadium Sultan Ibrahim 15 Jun jam 8.15 malam.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ar-waktu-perlawanan |
|
|
|
|
|
|
| |
|