CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8107|Reply: 0

[Kelantan] Terlantar sejak lahir kerana sawan, kepala besar

[Copy link]
Post time 6-6-2024 10:01 AM | Show all posts |Read mode

Sharipah (kiri) menjaga Norazizah yang terlantar sakit di rumah mereka di Kampung Kota, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Seorang warga emas cekal menjaga anaknya berusia 30 tahun yang menghidap penyakit sawan dan berkepala besar sejak dilahirkan meskipun dia sendiri mengalami masalah kesihatan emosi.

Sharipah Mohd. Nor, 65, anak bongsu daripada tiga beradik, Norazizah Mohd. Naim, 30, yang kini lumpuh dan hanya mampu terlantar di rumah wakaf yang menjadi tempat mereka ber­teduh di Kampung Kota, di sini.

Menurut Sharipah, keadaan kesihatan anaknya semakin te­ruk selepas Norazizah terjatuh daripada katil semasa diserang sawan kira-kira 10 tahun lalu.

“Meskipun terlantar, badannya masih boleh bergerak sebelum ini. Selepas terjatuh katil, Norazizah sudah tidak mampu berge­rak dan memerlukan pemantauan yang rapi daripada saya,” katanya.

Sharipah memberitahu, rezeki­ untuk Norazizah sentiasa ada apabila ramai penduduk yang bersimpati menyalurkan sumbangan sama ada wang tunai atau barangan keperluan.

Menurutnya, dia ketika ini tinggal bersama anaknya selepas kematian suami kira-kira 20 tahun lalu dan dua kakak Norazizah sering datang ke rumah untuk membantu adik mereka.

“Selain bantuan penduduk, kami bergantung kepada ban­tuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan untuk membeli kelengkapan rumah selain lampin serta susu,” ujarnya.

Sharipah berkata, dia sentiasa berjimat-cermat kerana bimbang tiada sumber kewangan lain dapat membantunya ketika kecemasan.

Menurutnya, dia kadangkala terpaksa memberi Norazizah makan nasi jika susunya habis sebelum menunggu bantuan JKM atau pertolongan daripada anak-anak dan penduduk kampung.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi anak Sharipah di talian 014-640 3305 atau terus ke akaun Public Bank 6822532918 atas nama Che Nabiah Mohd. Naim.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... sawan-kepala-besar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 70159 Replies : 651
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 39995 Replies : 173
Terkedu, sugul selepas makamah arah dibicarakan. Bekas isteri berhijrah ke Australia {14 Oktober sebutan kes}
maklukpenggodaTerkedu, sugul selepas makamah arah dibi
Views : 54041 Replies : 1634
Diva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, 'Jangan kurang ajar... bahlol'
maklukpenggodaDiva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, &#
Views : 50975 Replies : 53
JoyahMengayah
Views : 206228 Replies : 293
Parit.Hilton
Views : 41473 Replies : 32
Istiadat persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung penuh tradisi
mojarean_XIstiadat persandingan Tengku Puteri Afza
Views : 28516 Replies : 67
Pemimpin GISBH akhirnya mengaku
maklukpenggodaPemimpin GISBH akhirnya mengaku
Views : 8875 Replies : 3
Gambar terbaharu Kate curi perhatian
maklukpenggodaGambar terbaharu Kate curi perhatian
Views : 34546 Replies : 8
Fitnah, Wan Fayshal disaman
maklukpenggodaFitnah, Wan Fayshal disaman
Views : 4572 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.247196 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list