CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3133|Reply: 0

[Kelantan] Kes seludup petrol meningkat lepas penyasaran subsidi diesel diumumkan

[Copy link]
Post time 6-6-2024 04:05 PM | Show all posts |Read mode

Armizan (kanan) melihat sebuah kereta jenis Proton Wira yang digunakan penyeludup untuk menyeludup minyak petrol di Jeti Polis Marin Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Kerajaan mengesan peningkatan kes penyeludupan petrol RON95 di stesen minyak yang terletak di kawasan sempadan Malaysia-Thailand sejak awal tahun ini selepas pengumuman penyasaran subsidi diesel diumumkan pembentangan Belanjawan 2024.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, peningkatan itu berlaku selepas sindiket penyeludupan bertindak menukar strategi mereka daripada menyeludup diesel kepada petrol.

Menurutnya, taktik itu dikesan berdasarkan laporan daripada anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang menjalankan pemantauan di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan negara.

“Sindiket penyeludup sebelum ini menggunakan trak pikap untuk menyeludup diesel. Apabila pengumuman penyasaran subsidi diesel diumumkan, kita dapat lihat peningkatan kes melibatkan penyeludupan petrol RON95 sejak awal tahun ini.

“Jumlah atau angka peningkatan kes melibatkan penyeludupan petrol bagaimanapun akan diumumkan kemudian.

“Berdasarkan laporan, penyeludup menukar taktik mereka dengan menyeludup petrol di stesen minyak di kawasan sempadan. Dahulu mereka banyak menggunakan trak pikap, tetapi kini penyeludup menaiki kereta sedan untuk menyeludup petrol,” katanya pada sidang akhbar selepas menjalankan tinjauan sempadan sepanjang Sungai Golok di Jeti Polis Marin Pengkalan Kubor sini hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan memberitahu, sindiket penyeludupan juga didapati menjalankan kegiatan menyeludup petrol secara berulang dan mengubah suai kereta mereka bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Katanya, sehubungan itu, pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada pemilik stesen minyak akan menjalankan pemantauan rapi dan laporan lengkap terhadap kenderaan atau kereta sedan yang melakukan pembelian petrol RON95 secara berulang.

“KPDN juga akan menempatkan pegawai penguat kuasa di lapan pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand untuk mengelakkan barangan bersubsidi negara seperti diesel, petrol, tong gas petroleum cecair (LPG), minyak masak dan tepung gandum diseleweng ke negara jiran.

“Ia melibatkan penempatan pegawai KPDN di empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mei bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel dengan jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... i-diesel-diumumkan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 70159 Replies : 651
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 39995 Replies : 173
Terkedu, sugul selepas makamah arah dibicarakan. Bekas isteri berhijrah ke Australia {14 Oktober sebutan kes}
maklukpenggodaTerkedu, sugul selepas makamah arah dibi
Views : 54041 Replies : 1634
Diva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, 'Jangan kurang ajar... bahlol'
maklukpenggodaDiva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, &#
Views : 50975 Replies : 53
JoyahMengayah
Views : 206228 Replies : 293
Parit.Hilton
Views : 41473 Replies : 32
Istiadat persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung penuh tradisi
mojarean_XIstiadat persandingan Tengku Puteri Afza
Views : 28516 Replies : 67
Pemimpin GISBH akhirnya mengaku
maklukpenggodaPemimpin GISBH akhirnya mengaku
Views : 8875 Replies : 3
Gambar terbaharu Kate curi perhatian
maklukpenggodaGambar terbaharu Kate curi perhatian
Views : 34546 Replies : 8
Fitnah, Wan Fayshal disaman
maklukpenggodaFitnah, Wan Fayshal disaman
Views : 4572 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.064759 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list