CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10421|Reply: 0

Misi benam Taiwan

[Copy link]
Post time 8-6-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode

JURULATIH dan pemerhati bola sepak berpengalaman negara, Sulaiman Hussin. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Misi 'mengamuk' di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Selasa ini tidak mustahil namun rangkaian penyerang skuad Harimau Malaya perlu tampil tajam dan tidak tergopoh-gopoh dalam setiap peluang apabila menentang Taiwan dalam aksi terakhir Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 nanti.

Malah pemilihan kasut bola yang disifatkan memiliki elemen 'tuah' harus digunakan oleh pemain agar mampu beraksi hebat sepanjang 90 minit di SNBJ nanti.

Menurut jurulatih dan pemerhati bola sepak berpengalaman negara, Sulaiman Hussin, misi meraih gol banyak di SNBJ boleh dilakukan tetapi pemain harus memanfaatkan setiap peluang diraih di depan gol lawan.

"Dalam keadaan kita kehilangan beberapa pemain walaupun sebelum ini merekalah antara penyumbang gol, saya rasa pastinya Pan-gon sedar bahawa baki beberapa hari ini beliau perlu menggunakan dan juga perlu lebih menumpukan aspek bagaimana menghasilkan gol.


"Saya berharap kita tidak tergopoh-gapah ketika mencari gol, rancang sebaik mungkin setiap peluang yang datang perlu diterjemahkan sebagai gol. Pastinya kita menagih setiap pemain yang diberi kepercayaan.

"Jangan lupa pakai kasut yang boleh menjaringkan gol pada hari menentang Taiwan ini, sebab kita tak nak peluang peluang yang terbuka terlepas begitu saja.

"Saya harap pemain yang diberi peluang tahu dan sedar bahawa jaringan gol saja dapat membawa kita ke pusingan seterusnya," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Atas kertas, skuad negara wajib menang lebih daripada tujuh gol tanpa dibolosi sambil mengharapkan Kyrgyzstan tewas di tangan Oman dengan defisit lebih satu gol.

Ini kerana, Kyrgyzstan memiliki jumlah jaringan banyak dengan kelebihan enam gol dalam tangan ketika Malaysia pula mencatatkan defisit dua gol.

Jika skuad negara menang manakala Kyrgyzstan tumbang, maka kedua-dua pasukan akan mengumpul 10 mata dan perbezaan gol bakal jadi penentu bagi mencari naib juara Kumpulan D selepas Oman sah bergelar juara kumpulan.

"Pastinya ini bukan tugas yang mudah juga tapi perlu dilakukan sebaik mungkin, kerana ini saja peluang yang ada. Dalam masa sama, kita berharap Oman memainkan sedikit peranan dalam memastikan Kyrgyzstan tidak membawa pulang mata daripada perlawanan mereka.

"Kerana selain keputusan mengharapkan kalah Kyrgyzstan ini, kita masih berpeluang berdasarkan keputusan dengan Taiwan. Dalam proses kita mencari gol, kita jangan terburu-buru kerana kita takut kita hilang peluang dan pastikan kita mendapat gol awal.

"Apabila masuk ke separuh masa kedua, jika kita masih tidak dapat gol-gol yang kita nak, tekanan akan mula dan di situ akan membuatkan kita lebih tertekan.

"Oleh itu kita berharap pemain-pemain yang diberi peluang lakukan sebaik mungkin," kata Sulaiman yang kini bertindak selaku Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan sama, bekas jurulatih UKM FC dan penolong pengendali Kuching City FC di Liga Super itu turut mengingatkan pasukan negara tidak memandang sebelah mata keupayaan Taiwan yang pastinya ingin menjaga maruah selepas lawan itu tumbang dalam semua aksi peringkat kumpulan diharungi sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... 6/misi-benam-taiwan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.099388 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list