CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5016|Reply: 1

[Johor] Tangguh rawatan kemoterapi demi anak

[Copy link]
Post time 9-6-2024 04:29 PM | Show all posts |Read mode

NURAQILAH dimasukkan ke HSA pada 2 Jun lalu akibat denggi. FOTO Ihsan Zulkifli Ainul Mokhsein

Johor Bahru: Demi anak tercinta, Zulkifli Ainul Mokhsein sanggup menangguhkan dulu rawatan kemoterapi bagi penyakit barah limfoma dihidapinya untuk memberi tumpuan bagi anak keduanya yang menghidap denggi.

Zulkifli, 36, yang juga OKU bisu dan pendengaran berkata, Nuraqilah, 5, dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, pada 2 Jun lalu selepas mengalami demam panas.

Biarpun Nuraqilah sudah dibenarkan pulang ke rumah, Zulkifli dan isteri, Siti Nuratika Mohd Suhaimi yang juga OKU bisu serta pendengaran masih runsing kerana demam anaknya belum reda sepenuhnya.

Dia yang berhubung dengan Harian Metro menerusi kiriman WhatsApp berkata, dia juga demam manakala isterinya tidak sihat kerana diuji dengan sista ovari (cyst) iaitu kantung atau poket dipenuhi dengan cecair tetapi perlu kuatkan diri demi anak.

Menurutnya, keadaan itu membuatkan dia dan isteri bertambah tertekan kerana tidak dapat membuka gerai jualan pisang goreng yang menjadi sumber pendapatan mereka.

"Bila nampak keadaan anak yang demam panas, saya bawa anak ke Hospital Sultan Ismail (HSI) tapi diberitahu bacaan darahnya okay.

"Selepas bawa pulang ke rumah, anak menggigil sampai mukanya merah jadi saya bawa ke klinik swasta sebelum dirujuk untuk ke HSA.

"Anak ditahan sehari dalam wad untuk pemantauan sebelum dibenarkan pulang keesokannya.

"Ikutkan,bukan hanya Nuraqilah tapi sulung (Muhammad Arris, 8) dan bongsu (Ainul Haqiem,3,) pun demam. Saya pun sama cuma bertahan kerana dahulukan Nuraqilah.

"Runsing dibuatnya kerana saya dan isteri cari makan dengan berniaga jadi bila anak sakit tak dapat kerja dan macam mana mana nak dapat duit?" katanya yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Setia Indah, di sini.

Zulkifli berharap Nuraqilah segera sembuh kerana mahu anaknya kembali bersekolah seperti biasa.

Menurutnya, jika berterusan sakit, dia pun tidak senang duduk untuk kembali berniaga dan menjalani kemoterapi yang dijadualkan pada 20 Jun depan di HSA, di sini.

Pada masa sama, Zulkifli memohon jasa baik pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan semburan bagi menghalau nyamuk di kawasan perumahannya.

"Saya lihat kawasan perumahan saya ada banyak sampah jadi mohon bantuan pihak berwajib bersihkan dan jabatan kesihatan pantau supaya kawasan perumahan saya tak jadi tempat pembiakan aedes.

"Risau sangat tambahan saya dan isteri OKU jadi apabila kami jatuh sakit akibat denggi siapa boleh bantu sara keluarga?

"Kasihanilah dengan kami kerana jujurnya pendapatan diterima pun tak menentu dan sekarang semakin sedikit," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bernombor atas nama Siti Nuratika Mohd Suhaimi menerusi akaun Maybank bernombor 151285286604 atau menghantar kiriman WhatsApp kepada Zulkifli di talian 013-7428343 atau Siti Nuratika di talian 019-8968525.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emoterapi-demi-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.037126 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list