CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5413|Reply: 0

Lima slot jadi rebutan pada Piala Dunia zon Asia

[Copy link]
Post time 10-6-2024 01:09 PM | Show all posts |Read mode

Palestin melakar sejarah apabila layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia zon Asia buat julung kali. – Foto footballpalestine.com

JAKARTA: Sebelas negara akan berjuang bagi merebut lima baki tempat ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia malam esok dengan China, India dan Indonesia masih belum mengetahui nasib mereka.

Pasukan yang biasa layak ke Piala Dunia - Jepun, Korea Selatan, Australia, Arab Saudi dan Iran - sudah mengesahkan kemaraan mereka dalam kalangan 18 negara yang akan berjuang merebut lapan tempat ke pusingan akhir dalam tempoh dua tahun lagi.

Juara Piala Asia, Qatar selain naib juara sebenua Jordan turut layak ke pusingan ketiga yang akan menentukan enam slot pada kejohanan membabitkan 48 pasukan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

China, yang mengintai peluang layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak penampilan sulung pada 2002, kekal berpeluang untuk mara selepas gol penyamaan lewat perlawanan sumbangan Behram Abduweli menentang Thailand Khamis lalu.


"Bagi kami kejohanan kelayakan belum berakhir lagi," kata jurulatih Branko Ivankovic selepas keputusan seri 1-1 di Shenyang.

"Kami akan turun bermati-matian dalam perlawanan berikutnya dan cuba layak ke pusingan ketiga."

China berdepan Korea Selatan menyedari keputusan seri memadai untuk menamatkan cabaran Thailand, yang mesti membenam Singapura dan berharap untuk mengatasi kelebihan perbezaan jaringan China untuk meraih tangga kedua dalam Kumpulan C.

India mendapati mereka berada dalam kedudukan lebih tidak menentu menjelang pertembungan Kumpulan A dengan Qatar ketika Igor Stimac mengemudi pasukannya bagi aksi pertama sejak persaraan kapten Sunil Chhetri menyedari mereka mesti menang.

Pasukan tangga ketiga Afghanistan terikat lima mata dengan India dan mereka berkunjung untuk bertemu Kuwait dengan kedua-dua pasukan mengimpikan untuk mara.

Indonesia melayan kunjungan Filipina dengan berusaha mencatat kemenangan bagi melenyapkan cabaran Vietnam merebut tangga kedua Kumpulan F di belakang Iraq yang sudah layak manakala Syria berdepan Jepun mengharapkan keputusan positif ketika mereka cuba mengekang Korea Utara dalam Kumpulan B.

Sementara itu Kyrgyzstan akan mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga di depan Malaysia jika mereka tidak kalah dengan jaringan besar menentang pendahulu Kumpulan D, Oman di Muscat.

Undian bagi pusingan ketiga akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 27 Jun ini dengan pasukan yang layak diletakkan dalam tiga kumpulan dengan masing-masing enam pasukan.

Dua pasukan tangga teratas setiap kumpulan layak ke pusingan akhir dengan pasukan yang berakhir di tangga ketiga dan keempat mara ke pusingan keempat, dengan dua lagi pemenang akan ditentukan.

Satu perlawanan playoff antara benua menampilkan pasukan dari Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Oceania mungkin menyaksikan pasukan kesembilan dari benua Asia layak ke Piala Dunia. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... iala-dunia-zon-asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.131847 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list