View: 3250|Reply: 0
|
Jangan tertekan, buru gol seawal mungkin - Josue
[Copy link]
|
|
JOSUE mengakui bukan tugas mudah apabila beraksi tanpa Arif Aiman dan Faisal. FOTO GENES GULITAH
Kelana Jaya: Barisan pemain skuad Harimau Malaya digesa tidak terlalu tertekan walaupun mengetahui mereka perlu menang besar ke atas Taiwan pada aksi terakhir Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, malam esok.
Tonggak Harimau Malaya Paulo Josue berkata, barisan pemain perlu fokus untuk membuka akaun jaringan lebih awal jika mahu berpesta gol pada pertemuan terakhir itu.
Josue yang beraksi bersama Kuala Lumpur City (KL City) FC berkata, komitmen tinggi harus diberikan semua pemain walaupun sedia maklum pasukan agak tempang berikutan kehilangan enam tonggak utama akibat kecederaan.
"Sebagai penyerang, sudah tentu agak sukar untuk kami mendapatkan jaringan besar seperti 5-0, 6-0 atau 7-0, tetapi dalam masa sama kita perlu yakin dan memberikan yang terbaik.
"Apa yang pasti, kita tidak boleh sia-siakan peluang yang ada dan jika pasukan dapat meraih satu gol awal lebih bagus. Kemudian barulah kita fikir langkah seterusnya," katanya pada sidang media pra perlawanan Malaysia menentang Taiwan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.
Skuad kendalian Kim Pan-gon tidak mempunyai pilihan selain melakar kemenangan besar bagi mencerahkan peluang ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2026 kelak.
Sementara itu, pemain naturalisasi berasal dari Brazil itu mengakui bukan tugas mudah untuk memacu jentera serangan Harimau Malaya tanpa kelibat dua pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim.
"Beraksi tanpa kehadiran Arif Aiman dan Faisal bukan perkara mudah kerana mereka bijak membuka ruang dan peluang.
"Namun, saya percaya dengan barisan pemain yang ada dan kita mampu melakar kemenangan.
"Lebih baik kita fokus satu persatu bagi mendapat keputusan diharapkan dan kemudian kita tunggu Oman untuk menang ke atas Kyrgyzstan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eawal-mungkin-josue |
|
|
|
|
|
|
| |
|