CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4243|Reply: 0

Fullkrug berang dibuli Rudiger

[Copy link]
Post time 11-6-2024 02:59 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Jerman, Niclas Fullkrug dan Antonio Rudiger ketika sesi latihan skuad kebangsaan. - Foto AGENSI


BERLIN: Pemain-pemain Jerman, Antonio Rudiger dan Niclas Fullkrug dirakam hampir bergaduh ketika latihan, hanya beberapa hari sebelum tuan rumah itu memulakan kempen Euro 2024.

Rudiger dilihat beberapa kali menjatuhkan penyerang itu ketika barisan pertahanan berlatih menghadapi hantaran lintang.

Fullkrug pada satu ketiga terbaring lama di atas padang selepas dikasari Rudiger dan dia mula memarahi pertahanan Real Madrid itu.

Penyerang Borussia Dortmund itu kemudian bangun dan menuju ke arah Rudiger, dengan masing-masing mula menolak antara satu sama lain.


Penolong jurulatih, Sandro Wagner termasuk masuk campur untuk meleraikan mereka.

Rudiger dan Fullkrug bertembung pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah di Wembley awal bulan ini, dengan Real Madrid muncul juara selepas menewaskan Dortmund 2-0.

Jerman akan memulakan kempen Euro menentang Scotland pada Jumaat. Skuad kendalian Julian Nagelsmann turut berdepan Hungary dan Switzerland dalam saingan Kumpulan A. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... rang-dibuli-rudiger
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.341348 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list