View: 1856|Reply: 1
|
Sedar Punyai Ramai ‘Haters’, Leona Minta Jangan Peduli Tentang Hidupnya – “Kamu Bukan Tuhan So Saya Tak Perlu Buktikan Apa-Apa”
[Copy link]
|
|
Pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona berkata, kecaman hebat diterimanya membuatkan dia berfikir bahawa semua orang tidak menyukainya namun berkata dia tidak perlu membuktikan apa-apa kepada orang lain.
Akui Leona, dia sedar bahawa dirinya menjadi sasaran kecaman ramai warganet gara-gara pakaiannya yang seksi.
Pempengaruh yang juga pelajar di universiti di United Kingdom itu bagaimanapun berkata dia tidak perlu untuk membuktikan tentang dirinya kepada sesiapa terutamanya ‘haters’.
"Sebelum ni saya ramai haters dan masa itu saya rasa satu Malaysia tak sukakan saya. Ramai yang persoalkan tentang pakaian saya,. Tapi saya tahu siapa diri saya dan saya tak perlu buktikan diri saya kepada orang lain."
Dalam pada itu, gadis berusia 22 tahun tersebut berkata sekiranya dia mahu berubah suatu hari nanti biarlah ia kerana dirinya bukan disebabkan tanggapan orang terhadapnya.
Anak kepada Azhar Sulaiman itu juga berkata dia membaca komen dan menerima semua teguran namun meminta orang ramai untuk tidak mempedulikan tentang kehidupannya.
"Kamu semua ada keluarga, tak perlu ambil kisah dengan kehidupan orang lain di media sosial. Fokus dengan orang di sekeliling kamu. Pada akhirnya, ia hanyalah antara saya dengan Tuhan. Dan kamu (haters) bukan Tuhan. Jadi saya tak perlu buktikan apa-apa kepada kamu."
SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tak ada siapa nak komen LOL..
nampak sangat cerita pasal dia ni boring |
|
|
|
|
|
|
| |
|