View: 3065|Reply: 18
|
“Sebab Muka ‘Selenga’ Lah Saya Jatuh Cinta Dengan Dia”- Ain Edruce
[Copy link]
|
|
Pelakon dan pengacara terkenal, Ain Edruce, yang kini berusia 33 tahun, menegaskan bahawa dia akan terus menjadikan suaminya, Amirul Hafiz, sebagai sebahagian daripada kandungan media sosialnya walaupun tindakan tersebut mengundang kritikan dan rasa muak dari netizen.
Ain, atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, berpendapat bahawa perkongsian tentang kehidupan seharian bersama suaminya bukan sahaja menjadi punca rezeki tetapi juga cara terbaik untuk menyimpan kenangan manis bersama insan tersayang.
“Sosial media adalah tempat untuk saya simpan kenangan kalau satu hari nanti saya hendak tengok balik. Kalau kita simpan dalam galeri telefon pintar, kita takkan tengok sebab ada beratus-ratus gambar. Atau mungkin kita akan terpadam gambar atau video. Jadi, media sosial tempat paling sesuai untuk simpan semua memori,” ujar Ain dengan yakin.
Dia menambah bahawa sama ada netizen suka atau tidak, dia akan terus memuat naik kandungan yang melibatkan suaminya kerana selain menjadi sumber rezeki, kandungan tersebut juga melibatkan anak mereka yang disayangi.
Ketika ditanya sama ada dia berkecil hati dengan kritikan netizen yang mempersendakan wajah suaminya, Ain yang juga pengacara program Melodi menegaskan bahawa dia enggan melayan provokasi yang cuba memancing emosinya.
“Untuk mereka yang kata muka suami saya ‘selenga’, saya tidak terasa hati sebab muka dia memang macam itu pun. Tidak adalah sebelum kahwin muka dia lain, selepas kahwin jadi lain. Saya kahwin dengan dia sebab muka dia seperti itu. Sebab muka ‘selenga’ dia lah saya jatuh cinta dengan dia.
“Untuk netizen, saya bagi amaran, kalau tidak suka, bosan atau menyampah, dipersilakan ‘scroll’… Saya tak kisah. Ada juga yang terhibur dengan kandungan saya,” katanya dengan tegas.
Ain Edruce bukan sahaja dikenali kerana bakat lakonannya tetapi juga kerana keterbukaannya dalam berkongsi kehidupan peribadi dengan peminat.
Dia percaya bahawa kehidupan peribadi yang dikongsikan secara tulus di media sosial dapat memberi inspirasi dan hiburan kepada pengikutnya.
“Saya percaya bahawa kehidupan peribadi yang kita kongsi boleh menjadi inspirasi dan hiburan kepada orang lain. Bagi saya, ia adalah cara untuk mendekatkan diri dengan peminat dan menunjukkan sisi sebenar kehidupan saya yang mungkin tidak semua orang tahu,” jelasnya.
Sumber : Murai.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Sikit2 ok la ko tayang kelembaman laki ko tu..kalau hari2 buat lembam bodoh melugai juga nak tgk
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak taula tiap kali aku tgk muka ain ni mesti teringat ruminah sidek... Ada la iras2 tu terutama tang mulut lebar n gigi sheols |
|
|
|
|
|
|
|
Kena pakej
= Selenga + duit kepuk2
Kalo selenga + keje kerani? Boleh jatuh cinta tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Selenga tu mmg padan dgn si isterinya.. Kalau x mekap, selenga juga muka nya..
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan sebab saiz ciknek ke |
|
|
|
|
|
|
|
Bongak la kau dek Ain oii. Kau ritu cakap, kau pilih sebab jantan ni berduit jah. Kalau rupa selenga, tak berduit, kau kuis dgn kaki jahhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selenge sungguh weiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Selenge2 pun jadi duta dubai tuhh |
|
|
|
|
|
|
|
Utoh lerrr, sbb duit banyak la citer dia |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kan, mengaku tau, aku sejenis mata duitan. Betul. I admit.
Tapi kan. Kan. Kalau muka mcm laki minah ni... Aku tau laki dia kaya raya, kasi dia rumah agam semua. But seriously lah kan. Seriously. Aku TAK boleh siol.
Cemana kaya pun dia, i is kenot. Aku akan rasa mcm nak pelempang je muka mamat ni. Sorry eh. |
|
|
|
|
|
|
|
tolong berenti mengacara melodi |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap je la sebab duit bertimbun2 |
|
|
|
|
|
|
|
Muka selenga klu tak berduit pn ko bolayan je kan ain |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni asyik ckp psl muka laki dia je. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku jauh lebih boleh hadam content couple selenga ni daripada couple kepit jannadini
Yg tu nak type nama pun boleh bikin rengsa yihh |
|
|
|
|
|
|
|
Selenga + poket tebal + duit kepoks2 uollSs |
|
|
|
|
|
|
|
Ye keeee sebab berwang jugak kann ramai je selenge rempit kat luo tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|