CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17357|Reply: 0

[Perlis] Penganggur pecah masuk gereja dalam keadaan separuh bogel ditahan polis

[Copy link]
Post time 15-6-2024 01:10 AM | Show all posts |Read mode
Penganggur pecah masuk gereja dalam keadaan separuh bogel ditahan polis

Oleh Aizat Sharif - Jun 14, 2024 @ 10:52pm[email protected]









KANGAR: Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai memecah masuk ke gereja dalam keadaan separuh bogel sebelum melarikan sejumlah barangan dari dalam rumah ibadat berkenaan, semalam.

Suspek berusia 31 tahun itu dan berasal dari Taman Bunga Padi, Kangar itu diberkas di Jalan Bahagia di sekitar taman perumahan berkenaan pada jam 11.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata penahanan suspek dibuat selepas satu laporan polis berhubung kejadian pecah rumah ibadah yang dibuat semalam.

"Dalam tangkapan berkenaan, kita turut merampas satu set meja 'fortable' berwarna hitam, sebuah kipas dinding berwarna putih, sehelai singlet warna kelabu dan seluar pendek warna biru.

"Semakan kita mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes curi dan dadah dan saringan ujian air kencing terhadap suspek juga mengesahkan bahawa suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya juga sedang menyiasat sama ada suspek terbabit dengan kes jenayah yang lain di daerah itu.

Menerusi perkongsian seorang netizen di media sosial hari ini, sebuah gereja berhampiran sebuah sekolah menengah di Kangar menjadi sasaran pencuri apabila dipecah masuk oleh individu yang tidak dikenali yang memasuki rumah ibadah itu dalam keadaan dipercayai separuh bogel.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan terdapat beberapa barang yang dilarikan seperti empat kipas dinding, dua unit projektor dan masing-masing satu unit penyedut habuk dan pembesar suara mudah alih serta wang tunai hasil dari tabung derma.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.380377 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list