CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11306|Reply: 0

NASA dituntut $80,000

[Copy link]
Post time 23-6-2024 09:03 PM | Show all posts |Read mode


WASHINGTON: Sebuah keluarga Amerika Syarikat (AS) menuntut pampasan lebih daripada 80,000 dolar daripada NASA selepas serpihan kecil jatuh dari angkasa dan menembusi bumbung rumah mereka di Florida, kata syarikat guaman yang mewakili keluarga itu kelmarin.

Masalah sampah angkasa telah meningkat seiring dengan peningkatan trafik angkasa lepas, dan respons NASA kali ini boleh menetapkan bagaimana saman dikendalikan pada masa depan, menurut satu kenyataan firma guaman Cranfill Sumner.

Pada 8 Mac, objek seberat hanya 700 gram itu mendarat di rumah Alejandro Otero di Naples, Florida, mengakibatkan bumbung rumahnya  berlubang.

NASA kemudian mengesahkan ia merupakan sebahagian daripada palet kargo bateri terpakai, sisa yang dilepaskan dari Stesen Angkasa Antarabangsa pada 2021.

Ia tidak hancur sepenuhnya sebelum jatuh ke Bumi, dan sebahagiannya kekal utuh apabila ia memasuki atmosfera semula, kata agensi angkasa AS itu.

Anak lelaki Otero ada di rumah pada masa impak, menurut firma undang-undang itu yang mengatakan bahawa NASA mempunyai enam bulan untuk menjawab tuntutannya.

"Pelanggan saya sedang menuntut pampasan yang mencukupi, mengambil kira tekanan dan impak peristiwa ini terhadap kehidupan mereka," kata peguam Mica Nguyen Worthy.

“Mereka bersyukur kerana tiada sesiapa yang mengalami kecederaan fizikal daripada kejadian ini, tetapi situasi ‘nyaris’ seperti ini boleh membawa malapetaka.

"Ia boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian."

NASA tidak menjawab permintaan AFP untuk memberi komen. - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.059475 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list