View: 14367|Reply: 100
|
Menyelesaikan Tunggakan Bayaran Sewa Rumah, Menerima Tawaran Kediaman Baharu Dari Pusat Zakat!
[Copy link]
|
|
PELAKON Dharma Harun kini boleh menarik nafas lega apabila dapat menyelesaikan tunggakan bayaran sewa rumah sebanyak RM7,500.
Berkongsi mengenai perkara itu, anak kepada Dharma iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, memaklumkan keluarganya menggunakan wang sumbangan diterima bagi tujuan tersebut.
Syafiq bagaimanapun memaklumkan mereka masih belum membuat bayaran bagi bulan baharu dan masih berbincang dengan pemilik rumah mengenai cara penyelesaian.
"Kami ada menerima sumbangan sebanyak RM9,000 daripada Yayasan Akalbudi sebelum ini dan wang tersebut digunakan untuk bayar tunggakan. Namun apabila masuk bulan baharu (Julai) kami masih ada hutang dengan tuan rumah termasuk bayaran bil utiliti.
"Syukur dengan wang tersebut dapatlah kami selesaikan hutang yang agak berat. Ada juga sumbangan kecil lain kami buat tambahan untuk bayar hutang," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.
Kisah hidup Dharma yang berdepan masalah kewangan sebelum ini mendapat perhatian pelbagai pihak susulan dia kini tidak boleh bekerja kerana masalah kesihatan.
Dalam pada itu, Syafiq memaklumkan keluarganya juga ada menerima tawaran kediaman baharu daripada pusat zakat sekiranya pemilik rumah mengarahkan mereka berpindah keluar dari kediaman kini yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
"Kalau ada pihak yang ingin bantu dapatkan rumah lain, kenapa perlu tolak. Sekiranya terpaksa berpindah, maka kenalah pindah ke rumah lain.
"Namun saya harap tidaklah dalam masa terdekat kerana sekarang agak sibuk dengan jadual kuliah," ujarnya.
Kami ada menerima sumbangan sebanyak RM9,000 dan wang tersebut digunakan untuk bayar tunggakan.
DHARMA HARUN
PELAKON
Sementara itu, Syafiq turut meluahkan kebimbangan mengenai tahap kesihatan bapanya yang tidak menentu sejak beberapa hari lalu.
"Memanglah ayah lega dapat selesaikan hutang, tetapi dalam masa sama saya juga bimbang melihat keadaannya.
"Dia tidak sihat dan sangat lemah. Jadi susah untuk tahu emosi sebenar dia sekarang ini," jelasnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jeles lah rezeki camni sebab rasa macam undeserving betol rezeki tu dapat kat meka yang idop umpama bewak. |
|
|
|
|
|
|
|
Senang2 je dpt bantuan kan..
Pelajar 'cemerlang' gini elok mati je sebab takde fungsi apa dalam masyarakat
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar first nampak kecut acik dharma
Gambar second sihat je perutnya
Jauh ke masa2 gambar ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bil pun x bayar. Berapa ratus sebulan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kereta bapak yg drive. Cari bantuan bapak yg kedepan. Mmg jantan tak tahu malu anak si dharma ni |
|
|
|
|
|
|
|
Useless betul. Kuliah tak kuliah. Pegi kerja lah. Kalau bapak tu larat mau dia yg pergi kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 28-6-2024 09:06 PM
Kereta bapak yg drive. Cari bantuan bapak yg kedepan. Mmg jantan tak tahu malu anak si dharma ni
anak kalau umur² camni bapa yg jadi penumpang. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 30an, lelaki, student pulak tu. masih bagi alasan susah nak pindah rumah? #redflag sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
ah lahanat la zakat nak bagi bantuan rumah pada yang sempurna fizikal dan akal.. bangsat la.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau apa benefit guna duit zakat untuk dua orang ni. dahla takat pelakon je apa sumbangannya? |
|
|
|
|
|
|
|
Ruginya dapat anak cam gini boleh pulak dia selfie dgn senyum lebar gitu cam takde rasa malu |
|
|
|
|
|
|
|
Kena pindah rumah ppr dah ni. Sewa murah banyak. Tak patut jika duduk di rumah sewa mahal sedangkan tahu kita tak mampu. Memang benar itu duit zakat tapi kesempitan wang akibat pilihan gaya hidup adalah silap sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumbangan akalbudi ni wak jahit punya kann..
Untung jadi retis ada tunggakan pun orang lain bayarkan..
Pelajar cemerlang tu muka happy semacam.
Lepas drama apa pulakkkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nama betul dharma ni? Knp anak dia bin mohamad azman?
Mmg nama anak dia panjang gitu |
|
|
|
|
|
|
|
missnina replied at 28-6-2024 09:28 PM
Umur 30an, lelaki, student pulak tu. masih bagi alasan susah nak pindah rumah? #redflag sungguh
Hhaha kalau omputeh hari ni genap 18 thn
Esoknya dah bungkus barang2 pindah kuar umah hidup berdikari.
Org kita pun ramai gini, duk ngn org tua sampai umur 17 tahun jer.
Tak salah pun dia nk duk jaga org tua dia tp kalau sampai tak mampu bayar sewa rumah mmg la ade yg bising lain la yg terpksa benti keje sbb nk jaga ayah bedridden org faham laa juga. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 28-6-2024 03:37 PM
Jeles lah rezeki camni sebab rasa macam undeserving betol rezeki tu dapat kat meka yang idop umpama ...
Realitinya nk mohon zakat bg rakyat marhaen penat ke sana ke sini utk segala mala pengesahan. Tggu zakat investigate layak ke dak.
Rezeki yg undeserving gini dosa tuh pihak zakat jugak yg tanggung.
Rumah sewa 1.3k lgsung xtegerak nk pindah umah yg sewa lebih ekonomi atas alasan sebok stadi payah nk mngemas².
The AUDACITY. |
|
|
|
|
|
|
|
netizen dan forumner Cari sakit jiwa, bila melihat hidup org lain, semuanya mesti negatif |
|
|
|
|
|
|
| |
|