CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13280|Reply: 100

“Belum Fikir Pengganti, Tutup Aurat Sebab Jaga Bekas Suami” - Nora Danish

[Copy link]
Post time 1-7-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode







Sejak semalam perkongsian pelakon Nora Danish menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya bertudung sekaligus menjadi bualan ramai di media sosial.


Menerusi perkongsian di TikTok, Nora berkata dia berpakaian menutup aurat untuk memudahkannya untuk beribadah tambahan pula dia kini menjaga bekas suaminya, Nedim Nazri di hospital.


“Saya sebenarnya mahu berkongsi tentang penampilan saya kerana ramai yang mencetuskan tanda tanya.


“Seperti semua sedia maklum, Nedim sekarang di hospital dan saya menjaganya. Jadi, saya pakai pakaian yang senang untuk terus mengerjakan solat. Dalam masa sama, saya juga mengaji. Jadi, senang untuk memakai pakaian menutup aurat,” katanya.


  



Sementara itu, Nora turut berkongsikan keadaan bekas suaminya yang kini dalam proses penyembuhan namun enggan berkongsi mengenai penyakit dihadapai Nedim.


“Nedim sekarang berada dalam tempoh penyembuhan. Saya tidak boleh kongsikan maklumat tentang penyakitnya. Itu adalah hal peribadi bagi pihak keluarga bekas suami,” katanya.


  



Dalam pada itu,  Nora menafikan dia mahu suami yang boleh mendorong ke arah lebih baik selepas berkongsikan video seorang lelaki yang mahu isterinya taat perintah Tuhan dan belum terfikir mahu mencari pengganti.


“Saya baru sahaja bercerai dan masih dalam iddah. Saya pun tidak mencari suami dalam masa terdekat. Perceraian saya pun bukan sebab mahu mengahwini orang lain. Saya tidak mahu orang berfikiran tentang itu (mahu cari suami soleh),” katanya.


SUMBER: Kosmo/Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2024 10:44 AM | Show all posts
Alhamdulillah dn syabas serta tahniah kpd ND, tidak segan berpenampilan sedemikian. Mungkin hidayah Allah mulai hadhir menyedarkan dirinya, mencari2 sesuatu yg hilang di masa2 yg lalu. Apa yg berlaku membayangkan sebuah hikmah di sebaliknya dn netzs doakan sahaja segala yg terbaik utuk Nora dn keluarganya. Semoga istiqamah dn Allah mempermudahkan segala urusan dan masalah. Ameen....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 11:22 AM | Show all posts
bkn nk puji, tp nmpk laa dia pndai cover kisah perpisahan dia,
dari meroyan tak tentu psal b4 and afta berpisah mcm artis yg lain.
moga sheol tenang2 hendaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
tu ke rumah yg renovate sampai gaduh2 tu???
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa jd bini org xnk tutup aurat dh jd bekas bini tutup plak aurat adeh pelik2 lah org zaman skrg punya mentaliti
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke si bosned tk bg pakai tudung? Apa pon kalo dia ni pakai tudung mcm herlok sgt kan. Ada sorg lg icon muslimah trendy gitew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2024 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian la pulak. kes renovate rumah tak siap sampai gaduh laki bini. tapi nowa memang comey.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts


Chill je dia

Media pun suke bebenor post artikel yg mengundang pitnoh.

Duk umah ngadap socmed retis je apa saja retis post dijadikan berita, ngadap porem baca komen2 acik porem yg cuma berspekulasi je takde receipt pun dorang kutip jadi berita.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2024 02:17 PM | Show all posts
hokeypokey replied at 1-7-2024 11:37 AM
tu ke rumah yg renovate sampai gaduh2 tu???

mebi jugak, sbb nmpk cam tgh renovate tak settle lagi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh media ni org tgh dlm iddah kot.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 03:24 PM | Show all posts
dia sakit apa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 03:27 PM | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 1-7-2024 12:38 PM
Masa jd bini org xnk tutup aurat dh jd bekas bini tutup plak aurat adeh pelik2 lah org zaman skrg pu ...

xder lar pelik sgt.... dia pon dah bagi justification....

sebelum nih masa laki bini, tuh aurat yg dia boleh tunjuk kat laki dia. nak semayang, nak ngaji depan laki dia, nak tukau2 baju, depan laki dia....

sekarang nih kan dah cerai.... so si boned tuh dah kira lelaki ajnabi lar.... walau dalam iddah sekalipon, ND cuma pikir mudah dia nak beribadat takyah tukau2 baju bagai depan boned.....

kita nampak usaha dia ke arah lebih baik, so doakan jer moga dia berubah dan istiqamah..... dia pon resopn elok jer kat semua komen dan kecaman....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn risau nd, ramai ustaz/ustazah jadian akan tolong explain tingkah laku u
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nora mmg baik....dia sangat2  menjaga hati orang lain...harap lepas ni hidup dia lebih tenang dikelilingi oleh orang yg baik2 jer. Dah few years nampak dia mcm tak happy.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tutup aurat depan boned, dia je tau boned suka dia tang mana so ok la dia cover depan bekas suami
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke statement ‘sy bcerai bukan sebab mahu mengahwini org lain’. Shungai pls take note.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2024 05:22 PM | Show all posts
nape aku rasa dia ni saje tetiba pakai tudung tutup aurat sbb nak cover kenapa dia bercerai dgn bosned? sbb org semua slaahkan dia cerai sbb nak cari laki kaya. so dia pandai twist perhatian yg dia kononnya cerai sbb nak cari allah gitu

i yakin dia akan bukak tudung semua terbang balik lps kisah cerai ni dah sejuk. nantikan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 05:23 PM | Show all posts
Tutup aurat depan ex suami tapi depan org lain bukak?
hmm... ntah lah... malas nak komen
semoga berhijrah betul2 Nowa
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 1-7-2024 04:54 PM
Ok la tutup aurat depan boned, dia je tau boned suka dia tang mana so ok la dia cover depan bekas su ...

Betul gak tu, lagipun bila dah tak halal ni  godaan dan cobaan lagi kuat.
Aku ada tgk kt tt ada org share ex laki dia duk asik mesej ajak rujuk.
Pergh ayat2 mmg boleh buat ex bini cair, kalau tak kuat hati mmg kalah la dgn pujukan rayu laki.
Padahal cerai pun sbb laki tu curang dan kaki pukul. Laki tu siap dah kawen baru dah pun masa iddah bini lum abis, harap ex bini tak buat keputusan bodoh la rujuk balik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita nampak perubahan ke arah baik tu, tak payah la nak pertikai apa niat dia ke atau sebab apa ke.. hanya dia dan Allah je yang tau. Benda baik kan..  Lepas2 ni dia kalau dia menyeksi, barulah kita kecam gitu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.067217 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list