CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5288|Reply: 2

[Negeri Sembilan] Kanak-kanak, 2 remaja hilang dari pusat jagaan anak yatim

[Copy link]
Post time 3-7-2024 10:04 AM | Show all posts |Read mode


GAMBAR hiasan

Seremban: Seorang kanak-kanak dan dua remaja perempuan dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim milik badan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Pilah di sini dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan mereka yang berusia antara 11 hingga 14 tahun itu daripada pengurusan pusat jagaan terbabit kira-kira 10.30 malam, hari yang sama.

"Siasatan mendapati mereka adalah anak kelahiran negeri ini. Usaha mengesan kesemuanya sedang giat dijalankan manakala butiran mereka turut didaftarkan dalam Sistem Nur Alert.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan waris sudah dimaklumkan tentang perkara ini dan semua maklumat berkaitan sedang dikumpul bagi mengenal pasti punca mereka melarikan diri dari asrama selain tempat yang berkemungkinan dikunjungi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata kes disiasat di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang manakala orang ramai diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Ruzaidi Ismail menerusi talian 012-3648589 sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak serta dua remaja terbabit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu lari sebab kes dera ke atau pernah kena cabul? Gitew i terus speku liar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2024 08:09 AM | Show all posts
Kanak-kanak, 2 remaja hilang ditemukan di Melaka

Seremban: Seorang kanak-kanak dan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim di Kuala Pilah sejak Jumaat lalu ditemukan selamat di Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, hasil maklumat orang awam, ketiga-tiganya ditemukan berada dalam jagaan ibu saudara dan nenek seorang daripada mereka di sebuah rumah.

"Kanak-kanak dan dua remaja itu berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan.

"Mereka bersama-sama dua wanita berusia 35 dan 67 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Bekoh, Jasin kira-kira 9 malam," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kanak-kanak itu dan dua remaja berkenaan kemudian diserahkan semula kepada pihak pengurusan pusat jagaan terbabit.


Semalam, media melaporkan ketiga-tiga mereka yang berusia antara 11 hingga 14 tahun dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim milik badan bukan kerajaan (NGO) dan laporan kehilangan dibuat oleh pusat jagaan tersebut pada hari sama.

Disiarkan pada: Julai 3, 2024 @ 1:07pm

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ditemukan-di-melaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.334383 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list