CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7887|Reply: 0

[Negeri Sembilan] SK Seremban Jaya 2 terima 30 bangku kantin daripada Cha

[Copy link]
Post time 5-7-2024 07:02 AM | Show all posts |Read mode


RASAH: Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin telah menyumbang RM22,225 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Seremban Jaya 2 bagi pembelian 30 bangku panjang kantin.


“Peruntukan ini untuk membekalkan 30 unit bangku panjang kantin, lima papan putih untuk kelas dan sebuah papan tanda nama sekolah.


“Saya pernah membekalkan 15 unit dan 10 unit papan putih kepada sekolah pada tahun 2022 dan 2023.


“Dengan tambahan lima unit pada tahun ini, kesemua kelas (30 kelas) sekolah akan mempunyai papan putih baru.


“Pembekalan 30 bangku panjang kantin atas permintaan pihak sekolah untuk menggantikan sebahagian bangku yang telah rosak,” ujar Cha.


Cha berkata, 30 unit bangku panjang kantin telah dihantar ke SK Seremban Jaya 2 pada 29 Jun 2024.


“Sebelum ini, guru besar, Shah Rizan memaklumkan sebahagian bangku di kantin telah rosak dan memohon peruntukan saya untuk menggantikannya dengan bangku baru.


“Kemudahan di kantin adalah sebahagian daripada kemudahan asas yang digunakan oleh murid kita pada setiap hari persekolahan.


“Ia adalah kemudahan asas yang wajar diberikan keutamaan.


“Saya sentiasa cakna dengan kemudahan asas sebegini.


“Harapan saya agar bangku baru yang menggantikan bangku yang telah rosak akan menceriakan anak-anak SK Seremban Jaya 2,” kata Cha lagi di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2.


sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055798 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list